About Me

My photo
Hello, they call unie !

Sunday, 28 August 2016

CONTINUE MASTER


Hi guys, 

Pernah terfikir nak sambung master??? kos yang sama atau berbeza??? dekat uni mana ??? nak sambung sepenuh masa atau separuh masa???Haiihh itu lah yang bermain-main dalam fikiran aku semasa nak apply untuk sambung master. Sebelum aku bercadang-cadang nak sambung master ni puas lah aku mengooggle semua info yang dikongsikan dalam blog dan sebagainya..bukan apa itu salah satu preparation untuk memastikan samada otak aku ni betul-betul bersedia untuk sambung master ke tidak.. malah dorongan dalaman dan luaran juga jadi faktor kenapa aku betul2 semangat nak buat master ..buat okay ..bukan cuba.. haha 

Master ataupun lebih dikenali sebagai Ijazah Sarjana Sains, Kebiasanya Master ini mengambil masa lebih kurang 2 tahun la kalau buat sepenuh masa atau separuh masa. Selain itu, korang kena tahu, program ini ada 3 jenis mode. Antaranya seperti petikan yang aku copy ni... 

  1. Coursework****  amik master jenis ni, lebih kurang macam degree la jugak. Jenis yang ada kelas dan kena attend kelas dan amik exam je. Pas semua paper, dah boleh grad.
  2. Mixed-Mode**** kursus jenis ni, ada kelas macam biasa, ada exam macam biasa. Bezanya, di akhir semester, pelajar kena siapkan satu dissertation (research) pada semester terakhir. Kalau degree, dipanggil Final Year Project (FYP) atau Projek Tahun Akhir (PTA). Research macam biasa, rujuk journal, article etc, cuma mungkin sesi pemarkahan tak la se'strict' pelajar full research. Ada  VIVA juga, dimana pelajar perlu membentangkan tentang kajian mereka di hadapan examiner. Internal examiner sahaja atau termasuk examiner luar, saya tak pasti pulak yang ni.
  3. Research**** master by full research ni tak ada kelas, tak ada exam. semata-mata korang dan supervisor korang. Sesetengah school ada colloquium dua kali setahun, jadi colloquium ni bergantung dengan sekolah masing-masing. ada sekolah yang takde. Better find out sebelum enrol. Colloquium tu apa? Ha, colloquium ni macam bengkel la jugak. ada ceramah-ceramah dan paper presentation, macam masuk kuliah.cuma biasanya dibuat dalam tempoh seminggu macam tu je. bukan sepanjang semester. Antara ceramah yang tersenarai contohnya quantitative dan qualitative talk, how to write literature review, supervisor supervisee relationship, how to prepare for VIVA, how to prepare your research framework dan macam-macam lagi tentang dunia research
So, pandai pandai la fikir mana satu yang sesuai mengikut keselesaan korang. 

Saja nak bagi tahu yang hari ini 27/08/2016 merupakan hari pendaftaran aku sambung master di UTM KL secara separuh masa. Alhamdulilah, semuanya berjalan dengan lancar dan dah dapat kad matrik!! aishh nasib baik la no matrik paling paling mudah nak ingat .. haha cantik pulak tu nombornya.. 

Sebenarnya banyak lagi nak share, tapi mata dah menunjukkan simptom nak tidur. haha okay bye ..nanti ada masa aku edit & tambah cerita pada bahagian ini. 

Sunday, 17 July 2016

Skrip Emcee "Program Wing Of KKB 2016"

Together with Dr. Ong
Selesai Emcee 
Last Days Programme

Berikut adalah skrip emcee bagi program ini,
MASA
PERKARA
CATATAN
8.30 PM
Perhatian kepada para hadirin,
Majlis akan dimulakan sebentar saja lagi, diminta para hadirin untuk memenuhkan ruang tempat duduk hadapan dan sila pastikan telefon bimbit hadirin berada dalam mod ‘senyap’. Terima Kasih

8.40 PM
Mengumumkna ketibaan Tuan Azman Bin Dahlan, Setiausaha Majlid Daerah Hulu Selangor masuk ke dalam dewan. Hadirin dipersilakan duduk. Terima Kasih.
VIP ARRIVAL
8.45 PM
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Selamat datang diucapkan kepada para tetamu sekalian ke program
“ Wing Of KKB 2016”.

Yang Berusaha,
Tuan Azman Bin Dahlan,
Setiausaha, MDHS.

Yang Berusaha,
Pn. Azlina Bt Mokhtar,
Pengarah Jabatan Perancang Bandar, MDHS
Sekaligus merangkap Pengarah Program 
“ Wing Of KKB 2016”.

Yang diraikan,
Dr. Ong
Mr. Jonny Orn
Tuan Mohd Rosmadi Hassan
Serta pengarah-pengarah jabatan, guru-guru pengiring dan para peserta sekalian.

Bagi memberkati majlis pada malam ini, dijemput saudara Ridzuan Bin Jamali untuk bacaan doa. Dipersilakan.

(Selesai doa)
Amin ya rabbal alamin. Terima Kasih saudara Ridzuan atas bacaan doa sebentar tadi.
KATA ALU-ALUAN DAN BACAAN DOA
9.00 PM
Mari kita mengimbau sedikit kenangan program ini seperti yang ditayangkan di layar putih. Program ini telah diperkenalkan pada tahun 2012 dan pada tahun ini, program ini telah mencapai ulang tahun yang ke-5 dan kini dikenali sebagai Selangor International Bird Race dan telah menerima penyertaan bukan sahaja dari Malaysia, tetapi dari seluruh dunia.
SEJARAH
9.05 PM
Baiklah, pada malam ini kami mengadakan seminar berkenaan Program
“ Wing Of KKB 2016” yang bermula pada 22-24 April 2016. Terdapat 5 sesi pada seminar malam ini, setiap sesi hanyalah selama 25 minit. Sekiranya terdapat sebarang persoalan, sila angkat tangan dan terus ajukan soalan anda.

9.10 PM
Dengan itu, menjemput Tuan Mohd Rosmadi Hassan untuk berkongsi pengetahuan beliau yang bertajuk Responsible Bird Photography. Dipersilakan.

Terima Kasih Tuan Mohd Rosmadi Hassan atas pembentangan yang menarik, untuk pengetahuan hadirin, beliau merupakan admin dalam group bird nature & telah berkecimpung dalam bidang bird photography lebih kurang 10 tahun & bekerja sebagai Arkitek di Kuala Kumpur.
PEMBENTANGAN 1
9.35 PM
Baiklah, seterusnya majlis menjemput Mr. Jonny Orn untuk membentangkan perkongsian pengalaman birding.

Terima kasih Mr Jonny, sekarang saya teruja nak melihat sepsis burung yang ada di Daerah Hulu Selangor.
PEMBENTANGAN 2
10.00 PM
Seterusny, pembentang ke-3 merupakan seorang Doktor Perubatan Vetrinar & Outreach Person untuk My Garden Bird Watch Survey serta beliau juga merupakan ahli Malaysia Wild Bird Club. Dipersilakan Dr. Ong untuk membentangkan pengenalan aktiviti bird watching dan seterusnya diikuti dengan pembentangan My Garden Bird Watch
PEMBENTANGAN 3
10.50 PM
Akhir sekali, dipersilakan Pn. Azlina Binti Mokhtar, selaku pengarah Program Wing Of KKB 2016 untuk memberikan taklimat dan sekaligus menyampaikan cenderamata kepada para pembentang.

Terima kasih atas taklimat sebentar tadi, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata. Dijemput,
Tuan Mohd Rosmadi
Mr. Jonny Orn
& Dr. Ong

Terima kasih Pn. Azlina.

11.00 PM
Nampaknya, berakhir sudah program kita pada mala mini. Semoga ilmu yang dikongsikan sepanjang seminar ini dapat digunakan sebaik mungkin oleh para peserta. Terima kasih dan Selamat Malam
PENUTUP