Hi guys,
Pernah terfikir nak sambung master??? kos yang sama atau berbeza??? dekat uni mana ??? nak sambung sepenuh masa atau separuh masa???Haiihh itu lah yang bermain-main dalam fikiran aku semasa nak apply untuk sambung master. Sebelum aku bercadang-cadang nak sambung master ni puas lah aku mengooggle semua info yang dikongsikan dalam blog dan sebagainya..bukan apa itu salah satu preparation untuk memastikan samada otak aku ni betul-betul bersedia untuk sambung master ke tidak.. malah dorongan dalaman dan luaran juga jadi faktor kenapa aku betul2 semangat nak buat master ..buat okay ..bukan cuba.. haha
Master ataupun lebih dikenali sebagai Ijazah Sarjana Sains, Kebiasanya Master ini mengambil masa lebih kurang 2 tahun la kalau buat sepenuh masa atau separuh masa. Selain itu, korang kena tahu, program ini ada 3 jenis mode. Antaranya seperti petikan yang aku copy ni...
- Coursework**** amik master jenis ni, lebih kurang macam degree la jugak. Jenis yang ada kelas dan kena attend kelas dan amik exam je. Pas semua paper, dah boleh grad.
- Mixed-Mode**** kursus jenis ni, ada kelas macam biasa, ada exam macam biasa. Bezanya, di akhir semester, pelajar kena siapkan satu dissertation (research) pada semester terakhir. Kalau degree, dipanggil Final Year Project (FYP) atau Projek Tahun Akhir (PTA). Research macam biasa, rujuk journal, article etc, cuma mungkin sesi pemarkahan tak la se'strict' pelajar full research. Ada VIVA juga, dimana pelajar perlu membentangkan tentang kajian mereka di hadapan examiner. Internal examiner sahaja atau termasuk examiner luar, saya tak pasti pulak yang ni.
- Research**** master by full research ni tak ada kelas, tak ada exam. semata-mata korang dan supervisor korang. Sesetengah school ada colloquium dua kali setahun, jadi colloquium ni bergantung dengan sekolah masing-masing. ada sekolah yang takde. Better find out sebelum enrol. Colloquium tu apa? Ha, colloquium ni macam bengkel la jugak. ada ceramah-ceramah dan paper presentation, macam masuk kuliah.cuma biasanya dibuat dalam tempoh seminggu macam tu je. bukan sepanjang semester. Antara ceramah yang tersenarai contohnya quantitative dan qualitative talk, how to write literature review, supervisor supervisee relationship, how to prepare for VIVA, how to prepare your research framework dan macam-macam lagi tentang dunia research
So, pandai pandai la fikir mana satu yang sesuai mengikut keselesaan korang.
Saja nak bagi tahu yang hari ini 27/08/2016 merupakan hari pendaftaran aku sambung master di UTM KL secara separuh masa. Alhamdulilah, semuanya berjalan dengan lancar dan dah dapat kad matrik!! aishh nasib baik la no matrik paling paling mudah nak ingat .. haha cantik pulak tu nombornya..
Sebenarnya banyak lagi nak share, tapi mata dah menunjukkan simptom nak tidur. haha okay bye ..nanti ada masa aku edit & tambah cerita pada bahagian ini.