About Me

My photo
Hello, they call unie !

Monday, 29 July 2013

SAMPEL " SURAT PERLETAKAN JAWATAN"

Surat perletakan jawatan ni biasanya digunakan oleh perkerja yang ingin berhenti kerja . bukan boleh berhenti jee coz kemungkinan besar kalau kita main blah jee myb gaji kita ta kan dapat . lagipon .. kita minta kerja baik baik . berhenti pon kene laahh cara baik kan ? HEHE

oke baik la . di sini saya kongsikan sampel untuk menulis surat perletakan .



COMEL BINTI KACAK (NAMA KITA)
( ALAMAT KITA)

14hb mac, 2013 

Yang berbahagia, 
BOB BIN LAN ( NAMA BOS )
Pengurus (JAWATAN BOS)
(ALAMAT TEMPAT KERJA )

Tuan, 
          Per: " Memohon Perletakan Jawatan".

Perkara diatas dirujuk.
Adalah dimaklumkan bahawa saya yang bernama dan beralamat seperti yang diatas, memohon kepada pihak tuan untuk berhenti bekerja dari syarikat tuan ini, berkuatkuasa pada 10 April 2012, oleh kerana saya hendak berehat seketika dan membuat persiapan , sementara menunggu untuk melanjutkan pengajian saya seterusnya.

 Saya mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada tuan diatas budi baik bicara tuan serta tunjuk ajar yang telah diberikan kepada saya sepanjang saya bertugas bersama tuan.

Akhir kata, saya juga memohon maaf sekiranya ada terdapat kesilapan yang saya dilakukan.

Kerjasama dari pihak tuan amatlah saya hargai.

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,


(COMEL BINTI KACAK)


* ni lahh yang aku guna masa na berhenti kerja dekat seven eleven dulu . HAHA 
so aku akan guna lagi untuk berhenti kerja di speedmart !! :D

No comments:

Post a Comment