About Me

My photo
Hello, they call unie !

Wednesday, 31 December 2014

I AM SEKETERIAT PUSAT BUDAYA SENI (PBS)

Seketeriat "Konsert Stanza Cinta di Istana Budaya 2014"
Seketeriat "Teater Khazanah 2014"
  
Seketeriat "Konvo 2014"

Aku jadi seketeriat PBS sejak semester satu sampai la sekarang.
 tak pernah berhenti menimba pengalaman sebagai seketeriat bahagian rakaman. 
Banyak benda yg menarik yg aku dapat semasa jadi seketeriat PBS terutama sekali part dapat jumpa ARTIS ..haha jaclyn victor, amy search, black, nora, adira, najwa latif, noh hujan, dan banyak lagi..lupa dahh. hehe xpercaya? haha xpe.. lala 
Auucakkk! hehe percaya kan?






Tuesday, 30 December 2014

EXAM MOOD


Bila time exam, mood  sememangnya memainkan peranan penting utk kita study..
 kalau xde mood ..paksa la mcm mana pon .. benda kita baca tuu compom xmasuk ..
otak pulak asik fikir benda lain.. Sbenarnya nak share yg skg ni aku tengah 
mencari cari mood utk exam..sbb gap lama sangat so mood terbang entah ke mana entah.. 

So, mungkin ada antara korang pon lebih kurang mcm aku ni,
 manusia kan... bukannya robot mestinya ada mcm ni ..so jangan risau..amek je masa korang berapa lama pon tapi pastikan korg jgn lupa yang korang dalam MINGGU PEPERIKSAAAN!

 aku nak share beberapa tips yang korang 
cuba untuk dapat balik EXAM MOOD korang tu.. Insyaallah berkesan...

5 TIPS UNTUK MENGEMBALIKAN MOOD UNTUK BELAJAR!

1. Bertenang dan berfikir sejenak " ke mana hilang mood korang? xdpt jwpn? fikir lg " peperiksaan ini penting ke tidak? jwpnnya mestilah PENTING... Then fikir la tentang kesusahan kluarga korg.. kgembiraan kluarga korg kalau korg bjaya..so bila korang da terfikir mcm tu..
 korang kata dalam hati " hmm.. aku perlu STUDY! haa.. 
insyaallah la mood tuu compom datang ~

2. klu tips pertama tdy xberkesan pulak.. ko cuba tips no 2 ni yea,, 
korang try CALL YOUR MOM! yes! perlu !! bila dengar suara mama, automatik korang akan sedar diri .. hehe bila da bcakap ng mama tu..pandai2 la korg mgadu.. hehe 
biasanya aku akan kata" MAMA, UNIE MALAS LAA..." 
then mama akan kata, study.. study.. kalau nak berjaya.. haa baca buku.. 

3. Klu no 2 pon xbjaya juga.. korang cuba tengok kawan korang yang tengah struggle study.. haa kompom dr situ korang akan rasa gelisah dan xtenang sebab kawan korg dah mendahului korg .. meannya..klu korg terus relax tanpa buat pape korg akan KETINGGALAN aka GAGAL!

4. Sekiranya masih tidak berjaya untuk kembalikan mood korang yang sememangnya sudah jauh meninggalkan korg ..aku rasa korang perlu TIDUR.. sebabnya.. kalau korg duduk duduk pon bukannya study kan? so lebih baik tidur ..mana la tahu nanti bila korang bangun dari tidur tu..tetiba mood korang nk study tuu muncul balik ! haa.. betul x? so pergi tidur~ 

5. Kalau tidur pon xbjaya jugak nak menghidupkan mood korang, aku pon xtahu la.. haha xpe xpe..last sekali yg aku boleh kongsi dgn korang utk dptkn mood study tu iaitu korg tengok JADUAL EXAM korg ..then tengok subjek apa yg hampir dan perlu utk study.. pastu korang tgk tips yg lecturer bagi.. cari dekat nota2 korang..pastikan dkt meja korang hanya ada satu subjek je untk difokuskan...
masa korg tgh belek- belek subjek tuu ..dengan sendirinya korang akan fokus dan dapat balik semangat!! 

GANGGUAN SEKSUAL


Nice video for sexual harrassment ! :D
Pengenalan
Gangguan seksual merupakan masalah sosial yang melanggar etika, integriti dan moral.  Menurut Noresah Baharom (2010), gangguan seksual boleh ditakrifkan sebagai perlakuan yang kurang disenangi melalui kata- kata, isyarat, sentuhan, psikologi dan visual yang berunsurkan seks yang biasanya dilakukan berulang- ulang. Manakala, Ahmad Shamsul Abd Aziz (2005), mendefinisikan gangguan seksual sebagai perbuatan yang tidak digemari sama ada melalui pebuatan, perlakuan serta pertuturan yang berunsur seks yang tidak digemari. Selain itu, Fonny Hutangalung & Zahari Ishak (1999), menyatakan bahawa gangguan seksual juga merupakan diskriminasi berasaskan gender yang melibatkan tingkah laku berunsurkan seksual yang tidak diingini oleh mangsa di tempat kerja.

Gangguan seksual dalam sektor pekerjaan: Contoh kes

Kes Jennico Associates Sdn. Bhd. v. Liliall Therera De Costa yang merupakan kes gangguan seksual yang membabitkan organisasi di petik daripada Rohani Abdul Rahim (2000). Dalam kes ini, De Costa telah mendakwa mengalami dua kali gangguan seksual daripada majikannya secara sentuhan (molestation), lisan dan mencari kesalahannya. Kesannya, dia telah dipaksa untuk berhenti daripada jawatannya sebagai Pengarah Operasi. Berdasarkan keterangan yang diberi, Mahkamah Industri memutuskan bahawa telah berlaku gangguan seksual dan kegagalan majikan dalam menjalankan kewajipannya untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat. Seterusnya, kegagalan ini memyebabkan maruah, harga diri pekerja dengan mudah dicabuli oleh pekerja lain.

Seterusnya, kes gangguan seksual ke atas Mas Anum Samiran yang merupakan seorang pembantu peribadi. Kes ini dipetik daripada Akhbar Utusan bertarikh  29 Ogos 2012. Menurut kes ini, Mas Anum Samiran membuat dakwaan terhadap majikan yang melakukan beberapa siri gangguan seksual terhadapnya iaitu dengan memegang tangan, menyentuh pipi, bermain mata terhadap mangsa sambil menjilat bibir dan merenung payudaranya. Selain itu, mangsa mendakwa majikannya memberitahu ia mahu memeluk dan menciumnya. Majikannya juga menyalahgunakan kuasa dalam memaksa si mangsa melayani perbuatan seksual dan apabila ditolak, majikannya menafikan faedah pekerjaan yang sepatutnya diterima mangsa.   

        Seterusnya, kes Melewar Corporation lwn Abu Osman (1994) dipetik daripada Ahmad Shamsul Abd Aziz (2005). Dalam kes ini, pihak yang melakukan gangguan seksual diturunkan pangkat dari pengurus kumpulan sumber manusia kepada jawatan penolong pengurus selepas siasatan dalam yang mendapati bahawa dia bersalah datas tuduhan mencabul secara fizikal ke atas pekerjanya. Dia didapati melakukan perbuatan menyentuh alat sulit mangsa dan mengeluarkan kata- kata berbaur seksual kepada mangsa. 

Berdasarkan kes- kes yang dinyatakan seperti di atas menunjukkan bahawa persekitaran tempat kerja kini semakin membimbangkan. Namun demikian, tindakan mangsa gangguan seksual untuk melaporkan kes ini kepada pihak berkuasa menunjukkan sesuatu yang membanggakan kerana mereka tidak membiarkan kes tersebut berlaku secara berterusan dan cuba untuk menanganinya dengan undang- undang yang digubal di Malaysia.

Undang- undang gangguan seksual

Menurut Ahmad Shamsul Abd Aziz (2005), gangguan seksual di Malaysia tidak ditakrifkan dengan jelas oleh mana- mana peruntukan undang- undang. Selain itu, akta- akta khusus yang berhubung dengan pekerja juga tidak memperuntukan sebarang peruntukan khas untuk gangguan seksual. Namun begitu, Menteri Sumber Manusia pada 19 September 1999, telah melancarkan Kod Amalan Untuk Mencegah Dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja (Kod Amalan) dengan menyatakan dalam Perkara 4, iaitu gangguan seksual ditakrifkan sebagai sebarang tingkah laku berunsurkan seksual yang tidak diingini dan memberi kesan sebagai gangguan sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal. Sehubungan itu, Perkara 5 dalam Kod Amalan turut menyatakan bahawa gangguan seksual boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu gangguan seksual berbentuk ugutan dan gangguan seksual berbentuk ancaman kepada ketenteraman peribadi.

Gangguan seksual yang berbentuk ugutan atau Quid Quo Pro akan memberi kesan langsung kepada status pekerjaan seseorang. Menurut Ahmad Shamsul Abd Aziz dan Mumtaj Hassan (2002), Quid Quo Pro atau balas budi berlaku dalam keadaan seseorang yang berjawatan tinggi dan berkuasa untuk mengawal pekerja. Hal ini dapat diperjelaskan melalui kes gangguan seksual Mas Anum Samiran mendakwa bahawa majikannya menggunakan kuasa dalam memaksanya untuk melayani perbuatan seksual. Namun apabila ditolak, majikannya cuba menafikan faedah pekerjaan yang sepatutnya diterima oleh mangsa. 

Manakala, gangguan seksual berbentuk ancaman kepada ketenteraman peribadi pula adalah tingkah laku seksual yang dianggap oleh mangsa sebagai ancaman, penghinaan atau ugutan dan tidak berkait dengan faedah- faedah pekerjaan. Ia dapat diperjelaskan dengan gambaran kes kelima iaitu mangsa kes tersebut mengalami gangguan seksual oleh rakan sekerja. Tingkah laku tersebut menimbulkan suasana tidak tenteram kepada mangsa yang mengalaminya.  

Kod Amalan ini juga mengandungi garis panduan berkaitan dengan penubuhan pembentukan dan pelaksanaan mekanisme dalam menangani masalah gangguan seksual di persekitaran tempat  kerja dan bertujuan untuk melindungi maruah diri pekerja- pekerja tanpa mengira jantina. Kod Amalan ini dapat membantu dalam memastikan perlaksanaan dasar dan amalan- amalan yang baik dalam memastikan suasana kerja selamat dan sihat.

Kesan negatif gangguan seksual 

Gangguan seksual yang berlaku dalam bidang pekerjaan tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang remeh. Hal ini kerana gangguan seksual ini mampu memberi kesan yang serius kepada individu dan organisasi. Kesan negatif yang dialami oleh mangsa gangguan seksual boleh dilihat dari segi gangguan psikologi, gangguan fisiologi dan gangguan kerjaya.  Manakala, kesan negatif yang akan dihadapi oleh organisasi disebabkan masalah gangguan seksual ialah imej dan kredibiliti organisasi terjejas, kos melatih pegawai baru meningkat dan produktiviti menurun.

Kesan gangguan seksual kepada mangsa dapat dilihat dari segi gangguan psikologi. Mangsa akan mengalami ketidakstabilan emosi iaitu perasaan tertekan, marah, bimbang dan sugul. Tambahan lagi, Perasaan aib dan malu untuk berhadapan dengan orang di sekelilingnya membuatkan mereka semakin tertekan. Oleh itu, mangsa akan cuba menjauhkan diri dari sebarang pergaulan dan menyendiri. Menurut Ishak Mad Shah & Lai Lee Ching (2001), gangguan seksual merupakan satu penghinaan terhadap mereka dan menempatkan mereka sebagai golongan kelas kedua di tempat kerja. Dengan itu, mangsa berasa rendah diri, mudah menangis, tidak berharga dan tidak layak untuk bergaul dengan rakan- rakan sepejabatnya.

Seterusnya, kesan yang akan dihadapi oleh mangsa juga dapat dilihat dari segi fisiologi iaitu mangsa gangguan seksual akan mengalami masalah kesihatan seperti sakit kepala, gangguan tidur, hilang selera makan ataupun berat badan sering berubah. Hal ini kerana mangsa berasa terganggu dengan apa yang berlaku ke atas dirinya sehingga ia sentiasa memikirkan perkara tersebut  secara berlebihan. Menurut Jeffica Jaihon (2011), gangguan yang dirasai secara berterusan membuatkan pekerja sentiasa merasa terganggu walaupun saat ia bersendirian, kebimbangan sebegini akan membuatkan selera makan mangsa semakin berkurangan dan seterusnya menjejaskan kesihatan mangsa.

Gangguan seksual yang berlaku khususnya di tempat kerja memberi kesan kepada kerjaya mangsa. Mangsa berasa tidak bersemangat untuk meneruskan kerja- kerjanya kerana mereka tidak mahu berhadapan dengan si pengganggu yang mungkin terdiri daripada rakan sekerja ataupun majikan. Hal ini juga menyebabkan mangsa tidak memberikan sepenuh komitmen terhadap kerja sehingga menunjukan prestasi dan produktiviti yang semakin tidak memuaskan. Menurut Rohani Abdul Rahim (2000), gangguan seksual memberi kesan kepada kepuasan kerja, penilaian kerja, perlaksanaan kerja yang semakin berkurangan disebabkan tekanan, tidak hadir untuk bekerja, tidak mahu bekerja dan berpindah kerja. Hal ini jelas menunjukkan bahawa gangguan seksual memberi kesan kepada motivasi mangsa sebagai seorang pekerja.

  Organisasi turut mengalami kesan negatif akibat daripada masalah gangguan seksual yang berlaku di tempat kerja. Kesannya ialah imej dan kredibiliti organisasi terjejas. Gangguan seksual yang berlaku di tempat kerja boleh menjejaskan imej dan kredibiliti. Sebagai contoh, sekiranya gangguan seksual tersebut berlaku di dalam syarikat yang terkenal, berita mengenai isu gangguan seksual tersebut akan menyebabkan nama baik syarikat tercemar apabila diketahui umum. Hal ini juga sekaligus menjejaskan kredibiliti syarikat kerana isu tersebut menunjukkan bahawa syarikat tersebut tidak menjaga pekerjanya dengan baik sehingga menyebabkan terdapat perbuatan yang tidak berintegriti yang berlaku di dalam syarikat. 

Seterusnya, Pihak organisasi akan mengalami kerugian kerana terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk melatih pegawai baru. Hal ini kerana kebanyakan mangsa gangguan seksual mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Keputusan ini memberi kesan kepada organisasi kerana terpaksa mengambil pekerja baru bagi mengisi kekosongan. Tambahan pula, pengambilan pekerja baru  melibatkan pengeluaran kos yang tinggi dalam melatih pekerja tersebut. Oleh itu,  organisasi  akan mengalami kerugian sekiranya mangsa yang berhenti kerja tersebut merupakan pekerja yang berpengalaman dan berpotensi dalam memajukan syarikat.

Kesan seterusnya ialah pihak organisasi akan mengalami masalah dengan produktiviti pekerja. Hal ini kerana mangsa gangguan seksual mengalami gangguan perasaan sehingga menyukarkan mereka untuk memberi tumpuan dalam pekerjaan dan seterusnya produktiviti kerja mereka merosot. Ia juga menyebabkan berlakunya masalah displin yang lain seperti masalah ketidakhadiran. Mangsa gangguan seksual ini berkemungkinan akan mengambil cuti yang panjang atau mangsa akan sering ponteng kerja bagi tujuan untuk mengelak daripada bertembung dengan si penganggu.  Oleh itu, secara tidak langsung akan menyebabkan produktiviti menurun dan merugikan syarikat. 

Cadangan

Terdapat beberapa cadangan yang dapat membantu menangani masalah gangguan seksual di tempat kerja. Pertama, setiap organisasi hendaklah mengadakan satu seminar khas  yang berkaitan dengan isu gangguan seksual bagi memberi serba pendedahan kepada pekerja mengenai masalah tersebut. Hal ini kerana segelintir mangsa yang mengalami gangguan seksual gagal melabelkan tingkah laku tersebut sebagai gangguan seksual kerana kurangnya pendedahan dan pengetahuan tentang gangguan seksual. Menurut Azizi Yahaya, Jamaluddin Ramli & Yusof Boon (2004), menyatakan bahawa langkah mengadakan seminar  amat sesuai dilaksanakan terutamanya kepada pekerja kilang yang berkerja mengikut syif kerana mereka amat mudah terdedah dengan masalah ini di tempat kerja.

Kerajaan juga perlu menggubal undang- undang yang khusus berkaitan dengan gangguan seksual. Hal ini  kerana di negara kita masih belum ada undang- undang khusus mengenai masalah tersebut. Ketiadaan undang- undang yang khusus mengenai gangguan seksual memberi peluang kepada penganggu untuk terus melakukan gangguan seksual kerana tidak takut.  Tambahan pula, ia akan menimbulkan masalah kepada mangsa untuk membuat laporan kerana tiada prosedur yang jelas untuk membuat aduan.  Oleh itu, dengan mewujudkan undang- undang yang khusus berkaitan gangguan seksual akan memudahkan masalah gangguan seksual tersebut diadili dengan tegas.

Pendidikan juga merupakan satu kaedah yang terbaik memberi kesedaran dan meningkatkan kefahaman setiap individu terhadap masalah gangguan seksual. Kebanyakan negara maju telah memperkenalkan pendidikan seks bagi mendedahkan pelbagai isu bagi menimbulkan kesedaran kepada generasi muda mengenai gangguan seksual seperti diskriminasi seksual, hak asasi wanita, nilai-nilai baik dalam hubungan antara lelaki dan wanita, pencabulan dan penderaan seksual, dan sebagainya. Justeru itu, sekolah sebagai organisasi sosial perlu menyediakan pendidikan seks ini supaya dapat menyedarkan masyarakat khususnya golongan remaja mengambil tindakan pencegahan masalah gangguan seksual.

SKRIP FORUM REMAJA

Skrip forum remaja "Impak negatif filem terhadap remaja"
ini merupakan pertama kalinya aku mencuba sesuatu yg seperti ini, niat nak tolong kawan untuk assignment dia,.thanks abg jet..coz bg unie try something yg mcm ni.. minat sangat.. hehe tapi berdebar gila sampai tersasul banyak kali. haha sebab kena pandang camera kan.. hehe mg nebes abis. hehe teringat keadaan masa tu.. hehe kita belum pro lagi bab bab mcm ni .. hehe berusaha untuk cuba sesuatu yg kita minat dan suka.. hehe
 oh yeaa.. masa tu unie jadi moderator aka pengacara.. hehe

so, unie share teks masa tuu k,...

SKRIP PENGACARA & PANEL

PENGACARA:
Bismillahirrahmanirrahim. 
Assalamualaikum w.b.t., salam sejahtera.  Salam 1 Malaysia buat hadirin hadirat yang saya hormati sekalian.  Terima kasih saya ucapkan kepada hadirin hadirat sekalian yang sudi hadir memeriahkan forum kita kali ini.  
Bertemu kita dalam Diskusi Forum Remaja buat sekian kalinya bagi mendiskusikan satu tajuk yang kian hangat diperkatakan iaitu Pembawaan Nilai Di Dalam Filem Terhadap Remaja. 

Hadirin sekalian, tidak molek rasanya jika saya tidak memperkenalkan dua orang ahli panel kita yang berdedikasi, bijaksana lagi berkarisma serta mempunyai lontaran idea yang bernas dan bakal merungkai segala persoalan dan persepsi dalaman mengenai tajuk yang bakal kita diskusikan bersama. Untuk membicarakan tajuk forum kita pada hari ini, tanpa membuang masa, saya akan memperkenalkan ahli-ahli panel kita iaitu di sebelah kiri saya, beliau adalah Muhammad Zulhusni Syahmi Bin Zakaria dan panel kedua kita pada hari ini iaitu Mohd. Saiful Azly, mahasiswa dalam bidang Pengurusan Awam, Universiti Utara Malaysia, Apa khabar saudara?

PENGACARA

Di Malaysia, kebanyakkan remaja terjebak dalam meniru budaya barat seperti aksi-aksi di dalam filem iaitu memaparkan elemen pergaulan tanpa batasan, seks bebas, arak, dadah, samseng, pembunuhan kejam, dan mendengar  lagu yang tidak memberi akhlak kepada remaja.

Baiklah, tanpa melengahkan masa, penonton dan hadirin pun tak sabar-sabar untuk mengetahui dengan mendalam tentang tajuk forum kita hari ini, 
Terdapat pelbagai faktor yang mendorong remaja melakukan perkara yang tidak diingini yang dipengaruhi oleh filem-filem masa kini.  Antaranya unsur keganasan, seks dan tahyul.  Apakah pandangan Encik Zulhusni mengenai isu ini?

PANEL 1
(Respond)
PADA PANDANGAN SAYA, UNSUR-UNSUR SEPERTI YANG DISEBUTKAN TADI SUDAH MENJADI SANTAPAN HARIAN BAGI GOLONGAN MUDA DAN KANAK-KANAK. MISALNYA KEGANASAN, PERASAAN DENDAM DAN KEZALIMAN SUDAH MENJADI PERKARA BIASA YANG BANYAK DISELITKAN DI DALAM FILEM-FILEM DARI LUAR NEGARA, APATAH LAGI MENERUSI RANGKAIAN TELEVISYEN SATELIT. AKSI-AKSI SEPERTI INI SEMEMANGNYA SANGAT MENARIK MINAT PENONTON. OLEH ITU, KECENDERUNGAN DAN PENGARUH KEPADA UNSUR-UNSUR INI SEMESTINYA DIBENDUNG JIKA KITA SERIUS MAHU MENANGANI MASALAH INI. APABILA PERATURAN YANG MELARANG FILEM YANG BERUNSUR TAHYUL DAN DONGENGAN DITAYANGKAN MISALNYA, AKIBATNYA SEJUMLAH FILEM MELAYU DIBEKUKAN TAYANGANNYA DI PAWAGAM DAN TELEVISYEN. TUJUAN LARANGAN INI ANTARANYA UNTUK MEMELIHARA AKIDAH ORANG ISLAM DARIPADA DIPENGARUHI DAN DICEMAR OLEH FILEM SEDEMIKIAN. NAMUN, HAL YANG SAMA NAMPAKNYA TIDAK BERLAKU TERHADAP FILEM ASING YANG DITAYANGKAN DI NEGARA INI, TERUTAMA FILEM DARI AMERIKA, HONG KONG, INDIA, DAN INDONESIA. FILEM SERAM, FANTASI, DAN DONGENG DARIPADA KEEMPAT-EMPAT BUAH NEGARA ITU BEBAS DITAYANGKAN DI PAWAGAM NEGARA INI DENGAN HANYA DIBERI LABEL TAYANGAN 18SX YANG MENGEHADKAN TAYANGANNYA KEPADA PENONTON YANG BERUSIA 18 TAHUN KE ATAS SAHAJA. FILEM DIHASILKAN ATAS TUJUAN HIBURAN. HIBURAN PADA PERSPEKTIF SESEORANG BERBEZA. ADA PENONTON YANG BERASA TERHIBUR DENGAN BENTUK HIBURAN ROMANTIS YANG DITONTONNYA, SEPERTI MENONTON FILEM HINDUSTAN. KEKERASAN DAPAT JUGA MENJADI HIBURAN BAGI SEBAHAGIAN PENONTON, MAKA LEBIH KERAS DAN GANAS FILEM ITU, LEBIH TERHIBUR. ADA PENONTON YANG TERHIBUR DENGAN IMEJ SERAM. LEBIH MENYERAMKAN IMEJ ITU, LEBIH MENYERONOKKANNYA. KALAU PENONTON MENGANGGAP APA-APA YANG DITONTON SEBAGAI HIBURAN, ADAKAH HAL ITU BERMAKSUD MEREKA LEBIH MUDAH DIPENGARUHI OLEH IMEJ TERSEBUT? SEPERTI JUGA PENDAPAT BAHAWA KEGANASAN DAN KEKERASAN DALAM FILEM DIKATAKAN DAPAT MEMPENGARUHI PENONTON, SEBENARNYA PERSOALAN ITU MASIH DIDEBATKAN. SUNGGUHPUN BANYAK PAKAR PSIKOLOGI PERCAYA BAHAWA ADA HUBUNGAN ANTARA KEKERASAN DI LAYAR DENGAN PERILAKU MASYARAKAT TERUTAMANYA REMAJA, BELUM ADA KAJIAN YANG MENUNJUKKAN CARA UNSUR TAHYUL, SEKS, DAN KEGANASAN MEMPENGARUHI PENONTON, TERUTAMA REMAJA HARI INI. NAMUN, ADA ANTARA GENRE INI BUKAN SEMATA-MATA MENAMPILKAN SATU GENRE SAHAJA TETAPI MENGGABUNGKAN GENRE LAIN SEPERTI KOMEDI DAN AKSI. DARI ASPEK PEMBIKINAN, PENYAMPAIAN FILEM TEMPATAN LEBIH DITELITI BERBANDING FILEM LUAR NEGARA YANG LEBIH GANAS DAN BOLEH MEMESONGKAN AKIDAH PENONTON. SEBAGAI BAHAN HIBURAN, FILEM SEHARUSNYA DIBERI KELONGGARAN MENONJOLKAN KREATIVITI PENULIS SKRIP DAN IMAGINASI PENGARAH. BAGAIMANAPUN, GARIS PANDUAN DAN MESEJ TIDAK DIKETEPIKAN. NAMUN PARA PENGGIAT SENI MENYEDARI KEHENDAK SEGELINTIR PENONTON YANG MAHUKAN KEPELBAGAIAN DALAM PENERBITAN FILEM. SAYA BERHARAP FILEM TEMPATAN TERUS MEMBAWA ISU DAN NILAI POSITIF PADA MASYARAKAT.
SELAIN ITU, TANGGUNGJAWAB SOSIAL AGAR TIDAK MENINGGALKAN KESAN NEGATIF TERHADAP PERKEMBANGAN MENTAL GENERASI MUDA TERUTAMA SEKALI GOLONGAN PELAJAR. APA YANG PERLU DISARANKAN ADALAH AGAR PIHAK KERAJAAN MENGUATKUASAKAN AKTA PENYIARAN YANG SEDIA ADA BAGI MEMANTAU SEMUA STESEN PENYIARAN TEMPATAN SUPAYA MEMATUHI DASAR NEGARA. BAGI SAYA, KESAN JANGKA PANJANG DARIPADA FENOMENA ITU AKAN MENGAKIBATKAN KESAN BURUK KEPADA MASA DEPAN NEGARA TERUTAMA DARI SEGI PEMBENTUKAN SIKAP MASYARAKAT DI NEGARA INI. TANPA PENGUATKUASAAN ITU KERAJAAN AKAN GAGAL UNTUK MEMBINA SATU RUPA BUDAYA BANGSA YANG LUHUR SEBAGAIMANA YANG DITUNTUT DALAM WAWASAN 2020. KITA DI MALAYSIA SUDAH PASTI TIDAK MAHU BERADA DALAM KEADAAN DI MANA KEMAJUAN EKONOMI DAN TEKNOLOGI NEGARA MENINGKAT DAN MENYAMAI NEGARA-NEGARA MAJU TETAPI GEJALA SOSIAL, KEMEROSOTAN AKHLAK, KETIDAKSOPANAN DAN KETANDUSAN ETIKA MENJUNAM KE TAHAP YANG PARAH DAN SUKAR DIPULIHKAN.  ITULAH SEBABNYA DALAM WAWASAN 2020 MALAYSIA MAHU MENCAPAI KEMAJUAN MENGIKUT “ACUAN KITA SENDIRI” DENGAN MENGINTEGRASI AJARAN-AJARAN AGAMA, BUDAYA YANG BAIK DAN NILAI-NILAI AKHLAK YANG MULIA DAN TERPUJI. BUDAYA HIBURAN YANG TIDAK MELAMPAUI BATAS KEWAJARAN YANG DIBENARKAN AGAMA DAN MORAL; KECENDERUNGAN PEMUDA PEMUDI BERAGAMA ISLAM UNTUK TERLIBAT DALAM BUDAYA HIBURAN YANG TERLALU BEBAS KERANA MENGIKUTI ALIRAN DAN GAYA BARU BARAT YANG BERSIFAT TERLALU LIBERAL DAN MEMBERANGSANG NAFSU SEKS TIDAK HARUS DIBIARKAN MEREBAK DAN MEROSAKKAN TATA SUSILA DAN NORMA-NORMA UMAT ISLAM. STESEN-STESEN TV MILIK KERAJAAN TIDAK WAJAR MEMBERI GALAKAN ATAU RUANG DAN MASA YANG ISTIMEWA KEPADA ALIRAN-ALIRAN ATAU PROGRAM-PROGRAM HIBURAN YANG MERENDAHKAN AKAL BUDI GENERASI MUDA DAN SECARA TIDAK LANGSUNG MENGGALAKKAN PERGAULAN BEBAS LEPAS ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN WALAUPUN PROGRAM-PROGRAM ITU BERHASIL MEMBAWA KEUNTUNGAN BESAR KEPADA PIHAK PENAJA DARI LUAR ATAU DALAM; MENGEKALKAN BUDAYA HIBURAN YANG SEDERHANA LAGI MENDIDIK MINDA DAN TIDAK MENJOLOK MATA ADALAH PENTING DALAM MENGEJAR KEMAJUAN MENGIKUT “ACUAN KITA SENDIRI” DAN MEMBENTERAS GEJALA SOSIAL YANG MELANDA GOLONGAN REMAJA MALAYSIA HARI INI.


PENGACARA:
Begitu ringkas dan padat pandangan dari Encik Zulhusni kita.  Baiklah, kita beralih pula kepada panel kita yang kedua iaitu Encik Saiful. Apakah pandangan Encik Saiful tentang penyataan bahawa nilai negatif yang dibawa oleh filem boleh melemahkan sesuatu bangsa tersebut??

PANEL 2
(Respond)
PADA PENDAPAT SAYA, TIDAK SEMUA FILEM YANG DIBAWA ITU MENUNJUKKAN NILAI-NILAI NEGATIF. ADA JUGA FILEM YANG MEMBERI NILAI-NILAI POSITIF MISALNYA FILEM-FILEM YANG BERUNSURKAN PATRIOTIK YANG MENUNJUKKAN SEMANGAT PERPADUAN DAN PERKAUMAN DALAM SESEBUAH MASYARAKAT. FILEM BERTUJUAN UNTUK MENGHIBUR DISAMPING MENDIDIK BUKAN UNTUK MELEMAHKAN SESUATU BANGSA. TETAPI DENGAN LAMBAKAN FILEM YANG SEMAKIN MENINGKAT PADA MASA KINI, TIDAK DINAFIKAN ADA JUGA ANTARA FILEM MASIH MENUNJUKKAN NILAI-NILAI NEGATIF WALAUPUN TELAH MELALUI PROSES SUNTINGAN. KEBIASAANNYA FILEM TERSEBUT ADALAH MELALUI PENGARUH BUDAYA BARAT. HAL INI MENYEBABKAN GOLONGAN REMAJA MUDAH TERPENGARUH DENGAN TINGKAH LAKU DAN CARA PEMIKIRAN BARAT. SALAH SATU KESAN YANG TIMBUL IALAH KERUNTUHAN DAN KEROSAKAN JATI DIRI GOLONGAN REMAJA. HAL INI BERLAKU KERANA GOLONGAN REMAJA MERUPAKAN GOLONGAN YANG PALING MUDAH TERPENGARUH DENGAN SESUATU PERKARA. KEMASUKAN BUDAYA BARAT AKAN MEMBERIKAN IMPAK YANG NEGATIF TERHADAP KELAKUAN DAN PEMIKIRAN GOLONGAN REMAJA MENYEBABKAN MEREKA TERPESONG JAUH DARIPADA BUDAYA TIMUR KERANA IA BERTENTANGAN DENGAN NILAI-NILAI DAN NORMA BUDAYA YANG BERTUNJANGKAN KEPADA AGAMA MASYARAKAT SETEMPAT. KEBANYAKKAN CERITA YANG DITAYANGKAN MEMAPARKAN AKSI-AKSI YANG KURANG SOPAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN, SEPERTI MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM TANPA IKATAN YANG SAH ATAU LEBIH TEPAT LAGI DENGAN ISTILAH MELAKUKAN MAKSIAT. KEADAAN SEPERTI INILAH YANG MENYEBABKAN REMAJA YANG MENONTON TAYANGAN INI AKAN TERPENGARUH DAN INGIN MENCUBANYA DENGAN RAKAN YANG BERLAINAN JANTINA. JADI PENAPISAN PERLU DIBUAT TERHADAP FILEM-FILEM TERSEBUT SEBELUM DIBENARKAN UNTUK TATAPAN UMUM. PENYERAPAN BUDAYA ASING DENGAN MUDAH AKAN MERESAPI FIKIRAN DAN CARA BERFIKIR MASYARAKAT DI NEGARA INI MEMANDANGKAN RANCANGAN-RANCANGAN TERSEBUT DIHASILKAN OLEH TENAGA PRODUKSI LUAR NEGARA. BUDAYA BANGSA DAN AGAMA KITA SUDAH CUKUP CANTIK UNTUK DIKETENGAHKAN KEPADA MASYARAKAT, BUKANNYA BUDAYA ASING YANG MUDAH MEMPENGARUHI DAN MERESAP KE DALAM FIKIRAN ANAK-ANAK MUDA KITA. NAMUN RAMAI PIHAK MENGHENTAM PENGELUAR FILEM DAN DRAMA TEMPATAN, TIDAK KURANG JUGA ADA DESAKAN SUPAYA TIBA MASANYA ‘PEMAIN’ DALAM INDUSTRI MEMIKIRKAN FILEM YANG LEBIH MENDIDIK SERTA MENCERMINKAN BUDAYA NEGARA. BAGI SAYA, FILEM BOLEH MEMUPUK NILAI MASYARAKAT. TIDAK SALAH JIKA KITA CUBA MENGHIDANGKAN MASYARAKAT DENGAN GENRE YANG MENYENTUH ISU PENTING SEPERTI IDENTITI ATAU MASA DEPAN KITA. FILEM ADA POTENSI DAN TANGGUNGJAWAB LEBIH BESAR DENGAN MENYELITKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL. SAYA TIDAK KATA PENGELUAR FILEM KITA TIDAK MELAKUKANNYA, MUNGKIN IA TENGGELAM DISEBABKAN ISU GENRE LEBIH MENONJOL.

SAYA PERCAYA, JALAN TERBAIK IALAH KITA TIDAK PATUT TERLALU LEKA. APAPUN ADA PENDEKATAN LAIN YANG PADA PENDAPAT SAYA, DARIPADA KITA KEKANG FILEM SEBEGINI, BAIK KITA BIARKAN FILEM INI DITERBITKAN UNTUK MERANCAKKAN LAGI INDUSTRI PERFILEMAN. DALAM MASA SAMA, KERJASAMA DARI PIHAK LAIN BOLEH MENDORONG PENERBIT MENCUBA GENRE LAIN DENGAN HARAPAN GENRE YANG MUNCUL ITU BERJAYA DENGAN NILAI POSITIF. 
SELAIN ITU, SEBAGAI SEORANG PELAJAR, PEMDEDAHAN UNSUR SEBEGINI BOLEH MEMPENGARUHI PEMIKIRAN MASYARAKAT TERHADAP APA YANG DITONTON DAN SETERUSNYA MENJADI IKUTAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MEREKA. SEHARUSNYA FILEM-FILEM YANG MEMBERI IMEJ YANG POSITIF DAN DAPAT MEMBUKA MINDA DALAM PEMIKIRAN MASYARAKAT PERLU DIBERI KEUTAMAAN UNTUK DISIARKAN BERBANDING SESETENGAH FILEM YANG JELAS MEMPUNYAI NILAI-NILAI NEGATIF YANG BOLEH MEMBERI KESAN JANGKA PANJANG KHUSUSNYA GOLONGAN REMAJA DAN YANG BERGELAR PELAJAR. BAGI PENDAPAT SAYA JUGA, UNSUR-UNSUR YANG CUBA DIDEDAHKAN OLEH MEDIA KEPADA MASYARAKAT JUGA ADALAH SEBAGAI “MEMBERITAHU MASALAH” YANG MASIH BERLAKU PADA HARI INI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN. PENDEDAHAN UNSUR INI KADANGKALA BUKAN UNTUK MENUNJUKKAN NILAI NEGATIF TETAPI DISEBALIK PENCERITAAN FILEM TERSEBUT, NILAI-NILAI POSITIF MASIH MEMAINKAN PERANAN DALAM SESEBUAH PENCERITAAN. DAN SEBAGAI PELAJAR, MEREKA PERLU BIJAK DALAM MENENTUKAN NILAI-NILAI POSITIF YANG BOLEH DIAMBIL DARI SESEBUAH FILEM. BUKAN HANYA MELIHAT “KEKURANGAN” FILEM TERSEBUT. WALAU BAGAIMANAPUN, PENDEDAHAN UNSUR TERSEBUT KADANGKALA BERLEBIHAN DARI SEPATUTNYA. INI DITAMBAH LAGI DENGAN PENGARUH MEDIA MASSA YANG DILIHAT SEMAKIN BERKEMBANG DARI SEHARI KE HARI. PADA ZAMAN YANG PENUH DENGAN KEMAJUAN TEKNOLOGI INI MEDIA MASSA MERUPAKAN ASPEK YANG PENTING DALAM PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN SESEBUAH NEGARA KERANA IA DAPAT MEMBERIKAN SUMBER MAKLUMAT DAN INFORMASI TERKINI. NAMUN PENGARUH MEDIA MASSA JUGA TELAH MEMBERIKAN KESAN YANG NEGATIF TERHADAP KELAKUAN DAN PEMIKIRAN MASYARAKAT TERUTAMANYA GOLONGAN REMAJA MELALUI KEMASUKAN BUDAYA BARAT YANG SEMANGKIN MENULAR KE NEGARA KITA. SEMUA SEDIA MAKLUM BAHAWA PENGARUH MEDIA MASSA MERUPAKAN ASPEK YANG PENTING TERHADAP KEMASUKAN BUDAYA BARAT SEPERTI SEKS BEBAS, HOMOSEKSUAL, BLACK MENTAL, DAN SEBAGAINYA. JADI PENDAPAT SAYA FILEM-FILEM TERSEBUT PERLU DIBUAT PENAPISAN DENGAN LEBIH TELITI.


PENGACARA: 
Baiklah,saya yakin ada diantara hadirin kita ini ingin mengajukan soalan, cadangan atau pendapat kepada ahli-ahli panel kita. Sekarang kita beri peluang kepada hadirin kita untuk bertanyakan soalan kepada ahli panel kita di hadapan ini. Sila nyatakan nama, kos dan semester pengajian sekali.

AUDIENS :
Seperti apa yang saya ketahui, En. Saiful sendiri mempunyai pengalaman dalam bidang penyiaran selama beberapa tahun.  Boleh En. Saiful kongsikan pendapat sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang  penyiaran, apakah yang media harus lakukan untuk mengelakkan nilai negatif ini berlaku dalam kalangan remaja serta masyarakat kita?

PANEL 2:  
(Respond)
SEBENARNYA MEDIA HARUS MENEKANKAN ASPEK-ASPEK PENTING DALAM MENYIARKAN IMEJ YANG POSITIF KEPADA REMAJA DAN MASYARAKAT. SEHARUSNYA KEDUA-DUA PIHAK MEMAINKAN PERANAN PENTING UNTUK MENGELAKKAN NILAI-NILAI NEGATIF ITU MELEBIHI NILAI POSITIF ITU SENDIRI. TIDAK SEMUA FILEM YANG MEMAPARKAN AKSI –AKSI TERSEBUT MEMBERI NILAI NEGATIF TETAPI DISEBALIK APA YANG DIPAPARKAN ITU SEBENARNYA MENGANDUNGI MESEJ YANG TERSIRAT KEPADA PENONTON APAKAH KESAN DAN AKIBAT DARIPADA AKSI ITU BERLAKU DALAM KEHIDUPAN MEREKA. IA JUGA ADALAH SEBAGAI NILAI PENGAJARAN KEPADA PENONTON AGAR TIDAK MENIRU PERBUATAN YANG DIPAPARKAN. PENGGIAT FILEM PADA PENDAPAT SAYA, MEREKA BUKAN MENGHASILKAN FILEM SEKADAR UNTUK MERAIH KEUNTUNGAN TETAPI DISEBALIK FILEM TERSEBUT MEREKA INGIN MEMBANTU MASYARAKAT UNTUK BERFIKIR DI LUAR KOTAK DI SAMPING UNTUK MEMBUKA MINDA PENONTON KE ARAH SUDUT YANG LEBIH POSITIF. SEBAGAI PIHAK MEDIA, MEREKA PERLU BIJAK MENGHASILKAN FILEM YANG BERMUTU, KREATIF DAN MEMPUNYAI NILAI YANG TINGGI DALAM INDUSTRI. BUKAN SEKADAR TANGKAP MUAT DAN HANYA MAHU MERAIH KEUNTUNGAN TANPA MEMIKIRKAN KESAN TERHADAP REMAJA DAN MASYARAKAT. 

AUDIENS :
Sebagai seorang remaja dan pelajar, bagaimanakah cara Encik Zulhusni menangani masalah tersebut daripada pengaruh kepada remaja itu sendiri?

PANEL 1:
(Respond)
SEBAGAI SEORANG REMAJA, KITA PERLU MEMPUNYAI SEMANGAT DAN JATI DIRI YANG KUAT. KITA TIDAK SEHARUSNYA LEKA DENGAN MEMBIARKAN DIRI KITA HANYUT DENGAN PERKARA-PERKARA NEGATIF YANG BOLEH MEROSAKKAN DIRI DAN JUGA MASA DEPAN. BIMBINGAN DARI IBU BAPA DAN JUGA AGAMA SANGAT PENTING KERANA DARI BIMBINGAN INILAH DAPAT MEMBENTUK PERIBADI SEORANG REMAJA YANG BERAKHLAK DAN DAPAT MEMBERI TELADAN KEPADA REMAJA YANG LAIN.

PENGACARA:
Pandangan yang begitu padat sekali saudara. Tuntasnya, media massa adalah antara penyumbang utama berlakunya gejala sosial, mendatangkan keburukan dan membawa negatif kepada remaja pada hari ini. Jika perkara ini masih berterusan dan tiada langkah yang drastik untuk menanganinya, sudah tentu pada masa akan datang gejala-gejala buruk menjadi budaya golongan muda. Sebagai hasilnya, lahirlah generasi yang umpama robot dan hanya diperalatkan untuk kepentingan individu tertentu. 

PENGACARA:
Nampaknya masa mencemburui kita.  Isu panas sebegini tentunya menjadi tumpuan kita sebagai remaja sendiri.  Jadi, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua ahli panel kita,  Encik Muhammad Zulhusni Syahmi Bin Zakaria, dan  Encik Saiful Azly kerana sudi bersama dengan kita semua untuk berkongsi ilmu yang sangat berguna kepada kita. Tidak lupa saya ucapkan jutaan terima kasih kepada penaja lokasi penggambaran ini berlangsung iaitu di Bilik Media, Fakulti Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia dan seluruh warga kerja, krew-krew penerbitan rancangan forum ini.

Kita jumpa lagi di lain waktu, InsyaAllah. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.



TEKS MC MALAM KEBUDAYAAN

     


Teks emce untuk malam kebudayaan
 "ART FOR ALL" 
"kebiasaanya walau mcm mana kita ready dengan teks pon..
saat saat akhir mesti akan diubah.. hehe

PENGUMUMAN 1
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Diucapkan Kepada Para Tetamu Sekalian Ke Majlis Malam Kebudayaan Art For All. Di Sini Saya Ingin Mengambil Kesempatan Untuk Mengumumkan Beberapa Pengumuman Penting bagi Perhatian Para Hadirin Sekalian.
1. Sila Pastikan Telefon Bimbit Hadirin Sekalian Dimatikan Atau Berada Dalam Mod Senyap Sepanjang Majlis Ini Berlangsung
2. Semasa Pengumuman Ketibaan Dif-Dif Kehormat, Hadirin Dimohon Untuk Berdiri Di Sepanjang Laluan Vip
(beri peringatan beberapa kali kepada pelajar)
Sekian Mohon Kerjasama Para Hadirin


PENGUMUMAN 2
(stand by muzik instrumentel perarakan masuk VIP)
Mengumumkan ketibaan 
Yang Berusaha
Dr. Mohd Fitri
Ketua Jabatan Pengurusan Awam,
Universiti Utara Malaysia 

Hadirin mohon Berdiri
(Muzik instrumentel perarakan masuk VIP dimainkan)

PENGUMUMAN 3
(Stand By Lagu Negaraku dan Indonesia raya)
Unie:
Bagi Menyemai Rasa Cinta dan semangat patriotik kepada Negara,
Para Hadirin Dimohon Berdiri untuk sama-sama menyanyikan
Lagu Negaraku dan Indonesia raya.
Hadirin dipersilakan duduk.

PENGUMUMAN 4
Syahid:
Bismillahirramanirrahim
Yang Berusaha,
Dr. Mohd Fitri
Ketua Jabatan Pengurusan Awam,
Universiti Utara Malaysia.

Unie:
Yang Berusaha,
Dr Cristea
Wakil dari Indonesia. 

Syahid:
Pensyarah-pensyarah uum dan dosen-dosen dari universitas Indonesia.
Unie:
Serta mahasiswa yang dikasihi sekalian
Syahid:
ASSALAMUALAIKUM W.B.T Dan Salam Sejahtera.
Sama-sama:
Selamat datang ke Majlis Malam Kebudayaan Art For All

PENGUMUMAN 5
Syahid:
Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah rahmatNya dapat kita sama-sama berkumpul pada malam ini bagi menjayakan malam kebudayaan  yang bertemakan “ART FOR  ALL”.
Tanpa melengahkan masa, majlis seterusnya menjemput

Yang Berusaha
Dr. Cristea 
Selaku wakil dari indonesia
Untuk memberikan ucapan alu-aluan.
Majlis mempersilakan.
(Muzik iringan sampai ke rostrum)

(MC standby apabila ucapan hampir selesai)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan aluan sebentar tadi.

Unie:
Ucapan pelawat
majlis seterusnya menjemput
Yang Berusaha
Dr. mohd fitri 
Ketua jabatan pengurusan awam uum
Untuk memberikan ucapan alu-aluan.
Majlis mempersilakan

Syahid:
Seterusnya, diminta Saudara pengarah projek Abdul Aziz bin Muhammad naik ke pentas bagi bersama- sama dengan Dr Mohd Fitri untuk menyampaikan cenderamata kepada Dr Cristea.

Unie: 
Dipersilakan Dr. Cristea untuk naik ke pentas.

Syahid: 
Diminta kepada pengarah projek untuk menyampaikan cenderamata kepada Dr. Mohd Fitri.
Terima kasih diucapkan atas penyampaian cenderamata sebentar tadi.

Unie:
Seterusnya, bagi memberkati majlis pada malam ini, dijemput Saudara mohd Ainsuha b Hakimi untuk mempimpin bacaan doa makan.
Dipersilakan.

terima kasih di ucapkan atas bacaan doa sebentar tadi.

PENGUMUMAN 6
Syahid:
Dengan ini, hadirin dijemput untuk menjamu selera.
Selamat menjamu selera.

PENGUMUMAN 7
(tayangan Montaj ditayangkan semasa  hadirin menjamu selera itu, student uum akan membuat persembahan lagu irama malaysia)

Unie:
Untuk pengetahuan hadirin sekalian , sebentar tadi kita telah pun menyaksikan tayangan montaj berkenaan video koprat UUM.

Syahid:
Sementara hadirin menjamu selera, pada malam ini kita akan dihiburkan  dengan persembahan-persembahan  yang pastinya menarik untuk hiburan hadirin sekalian.
Tapi sebelum itu, uni saya nak Tanya awak, memandangkan kita ada tetamu dari seberang.. saya nak test awak…awak pandai x cakap bahasa Indonesia…???

Unie:
Bisa aja dong…saya cuba ya…Kita 
mulain acara pada malam ini , dengan  persembahan dari  mahasiswa uum iaitu saudari nursyafiqah najib…..

Syahid: 
Diikuti dengan persembahan dari saudara/ri ………………………
Dari UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL.

Unie:
Are U ready guys???!!!!
Sama-sama
Saksikan..

PENGUMUMAN 8
Syahid: 
Itulah dia persembahan pembukaan yang baru sahaja kita  saksikan sebentar tadi.
Berikan tepukan…

Unie:
Betul tu syahid..tu baru saja pembukaan kita ada banyak lagi persembahan yang akan kita tampilkan  malam ini.

Syahid: 
Baiklah..Kita akan berhibur lagi  panaskan lagi pentas  pada malam ini dengan persembahan dari saudari faezah azmi dari uum ..

Unie:
Seterusnya..persembahan dari UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH
Sama-sama
Jom kita berhibur!!..

PENGUMUMAN 9
Syahid: 
Itulah dia hadirin sekalian..sebentar tadi anda telah pun dihiburkan oleh persembahan yang cukup memukau sebentar tadi.
Baiklah unie.. apa kata kita panaskan lagi malam kebudayaan ini dengan mempersilakan saudara/I ………………………………………….. dari dpp ………………………. Dengan lagunya…………………………

Unie:
Disusuli dengan persembahan……………………………………. dari Universitas JembeR
Jom kita saksikan….

PENGUMUMAN 10
Syahid:
Berikan tepukan buat persembahan sebentar tadi… seterusnya unie..apa pula persembahan yang akan kita saksikan sebentar lagi..

Unie:
Bercakap pasal persembahan ini..selepas ini..kita akan menyaksikan persembahan yang cukup istimewa…iaitu persembahan dari Dr. Yatno dan seterusnya..dari Dr.Fikri
Jom kita saksikan…

PENGUMUMAN 11
Syahid: 
Wow2x!!!...itula dia persembahan yang cukup istimewa untuk hadirin sekalian.. berikan tepukan..

Unie:
Baiklah ..kita beralih pula kepada persembahan yang seterusnya…ia akan dipersembahkan oleh  teman kita dari seberang iaitu UNIVERSITAS KANJUHURAN MALANG di ikuti persembahan oleh UNIVERSITAS ISLAM NEGERI SURABAYA.

Syahid:
Disusuli dengan persembahan terakhir kita  dari mahasiswa UUM iaitu saudara HAZWAN  dari dpp YAB…
Jom kita saksikan

PENGUMUMAN 12
Syahid:
Itulah dia  persembahan yang cukup memukau dan lagi terpukau. Betul x unie?
Unie: Betul tu syahid, mata sy ni xberkelip-kelip masa saksikan persembahan sebentar tadi.

Syahid: 
Patutlah sy jeling2 dekat sebelah, awk xperasan. Baiklah unie, kita teruskan acara kita pada malam ini, dengan persembahan yang akan menutup tirai malam kebudayaan ART FOR ALL dengan persembahan dari UNIVERSITAS ISLAM NEGERI MALANG.

Unie:
Dan seterusnya syahid, kita juga akan menyaksikan persembahan dari SEMARAK TARI UUM. 
Sama- sama: 
Layannnnnnnnnn….. 

PENGUMUMAN 13
Unie:
Seterusya, kita akan meneruskan acara dengan penyampaian cenderamata
Dijemput...........

Syahid:
DENGAN INI BERAKHIRLAH MAJLIS Majlis Malam Kebudayaan Art For All. SAYA  MUHAMAD SYAHID SHAARI

Unie:
Dan SAYA ARIYANTI MURNI WAKIL PIHAK PENGANJUR MEMOHON MAAF 
SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG KESILAPAN SEPANJANG MAJLIS BERLANGSUNG.
SEKIAN TERIMA KASIH.

Monday, 29 December 2014

TIPS MENGATASI PERASAAN TAKUT MEMANDU

Bagi sesiapa yang baru lepas dapat lesen memandu, 
semestinya korang akan rasa takut untuk membawa kenderaan sebab jalan semasa test memandu dengan keadaan sebenar banyak perbezaannya.. 
oleh tu, agak normal bagi seseorang berasa takut untuk memandu terutama sekali bagi golongan WANITA .. yeaa,, aku gak salah sorang yang rasa takut bila memandu.. 
pergghh cepat panik dan tegang je kalau memandu .. hahaha

So, here are some of the tips,

1. Masa memula nak drive, suruh la sesiapa yang berpengalaman
 untuk teman di sebelah kerusi memandu.

2. Cuba drive kat tempat yang tak berapa sesak. 
Contoh,kat kawasan perumahan tempat tinggal sendiri. 

3. Jangan sesekali ignore ketiga-tiga cermin yang ada kat dalam kereta sebab cermin ni sebagai alat bantuan untuk kita menganggar jarak dan keadaan selamat untuk menukar lorong.tu. 

4. Jangan asyik tekan brek masa memandu. 
 ia boleh menjengkelkan orang yang berada di belakang kita

5. Kalau tak yakin, jangan rapat dengan kenderaan yang berada depan kita.

6. Paling PENTING, jangan menggelabah dan sila bertenang!

7 WAY TO BE YOURSELF

Be yourself.  
Trying to be anyone else is a waste of the person you are!

Starting today…

1. achieve your goals
If you really want good things in your life to happen, you have to make them happen yourself.  You can’t sit around and hope that somebody else will help you.

2. Know your worth. 
 When someone treats you like you’re just one of many options, help them narrow their choice by removing yourself from the equation. it’s self-respect!

3. Don’t let your old problems punish your dreams.
Learn to let go of things you can’t control.  

4. Accept your strengths and weaknesses.
 Be confident being YOU.
We often waste too much time comparing ourselves to others, and wishing to be something we’re not.  Everybody has their own strengths and weaknesses.

5. Learn and move on when you must.
 You can’t expect to change people.
Either you accept who they are, or you start living your life without them.
  
6. Be honest in your relationships.
–Don’t cheat!
If you’re not happy, be honest, and move on if you must.
When you’re truly in love, being faithful isn’t a sacrifice, it’s a joy.

7. Never give up on yourself 
This is your life! 
shape it, or someone else will. It is never too late to become what you might have been.