Skrip forum remaja "Impak negatif filem terhadap remaja"
ini merupakan pertama kalinya aku mencuba sesuatu yg seperti ini, niat nak tolong kawan untuk assignment dia,.thanks abg jet..coz bg unie try something yg mcm ni.. minat sangat.. hehe tapi berdebar gila sampai tersasul banyak kali. haha sebab kena pandang camera kan.. hehe mg nebes abis. hehe teringat keadaan masa tu.. hehe kita belum pro lagi bab bab mcm ni .. hehe berusaha untuk cuba sesuatu yg kita minat dan suka.. hehe
oh yeaa.. masa tu unie jadi moderator aka pengacara.. hehe
so, unie share teks masa tuu k,...
SKRIP PENGACARA & PANEL
PENGACARA:
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t., salam sejahtera. Salam 1 Malaysia buat hadirin hadirat yang saya hormati sekalian. Terima kasih saya ucapkan kepada hadirin hadirat sekalian yang sudi hadir memeriahkan forum kita kali ini.
Bertemu kita dalam Diskusi Forum Remaja buat sekian kalinya bagi mendiskusikan satu tajuk yang kian hangat diperkatakan iaitu Pembawaan Nilai Di Dalam Filem Terhadap Remaja.
Hadirin sekalian, tidak molek rasanya jika saya tidak memperkenalkan dua orang ahli panel kita yang berdedikasi, bijaksana lagi berkarisma serta mempunyai lontaran idea yang bernas dan bakal merungkai segala persoalan dan persepsi dalaman mengenai tajuk yang bakal kita diskusikan bersama. Untuk membicarakan tajuk forum kita pada hari ini, tanpa membuang masa, saya akan memperkenalkan ahli-ahli panel kita iaitu di sebelah kiri saya, beliau adalah Muhammad Zulhusni Syahmi Bin Zakaria dan panel kedua kita pada hari ini iaitu Mohd. Saiful Azly, mahasiswa dalam bidang Pengurusan Awam, Universiti Utara Malaysia, Apa khabar saudara?
PENGACARA
Di Malaysia, kebanyakkan remaja terjebak dalam meniru budaya barat seperti aksi-aksi di dalam filem iaitu memaparkan elemen pergaulan tanpa batasan, seks bebas, arak, dadah, samseng, pembunuhan kejam, dan mendengar lagu yang tidak memberi akhlak kepada remaja.
Baiklah, tanpa melengahkan masa, penonton dan hadirin pun tak sabar-sabar untuk mengetahui dengan mendalam tentang tajuk forum kita hari ini,
Terdapat pelbagai faktor yang mendorong remaja melakukan perkara yang tidak diingini yang dipengaruhi oleh filem-filem masa kini. Antaranya unsur keganasan, seks dan tahyul. Apakah pandangan Encik Zulhusni mengenai isu ini?
PANEL 1
(Respond)
PADA PANDANGAN SAYA, UNSUR-UNSUR SEPERTI YANG DISEBUTKAN TADI SUDAH MENJADI SANTAPAN HARIAN BAGI GOLONGAN MUDA DAN KANAK-KANAK. MISALNYA KEGANASAN, PERASAAN DENDAM DAN KEZALIMAN SUDAH MENJADI PERKARA BIASA YANG BANYAK DISELITKAN DI DALAM FILEM-FILEM DARI LUAR NEGARA, APATAH LAGI MENERUSI RANGKAIAN TELEVISYEN SATELIT. AKSI-AKSI SEPERTI INI SEMEMANGNYA SANGAT MENARIK MINAT PENONTON. OLEH ITU, KECENDERUNGAN DAN PENGARUH KEPADA UNSUR-UNSUR INI SEMESTINYA DIBENDUNG JIKA KITA SERIUS MAHU MENANGANI MASALAH INI. APABILA PERATURAN YANG MELARANG FILEM YANG BERUNSUR TAHYUL DAN DONGENGAN DITAYANGKAN MISALNYA, AKIBATNYA SEJUMLAH FILEM MELAYU DIBEKUKAN TAYANGANNYA DI PAWAGAM DAN TELEVISYEN. TUJUAN LARANGAN INI ANTARANYA UNTUK MEMELIHARA AKIDAH ORANG ISLAM DARIPADA DIPENGARUHI DAN DICEMAR OLEH FILEM SEDEMIKIAN. NAMUN, HAL YANG SAMA NAMPAKNYA TIDAK BERLAKU TERHADAP FILEM ASING YANG DITAYANGKAN DI NEGARA INI, TERUTAMA FILEM DARI AMERIKA, HONG KONG, INDIA, DAN INDONESIA. FILEM SERAM, FANTASI, DAN DONGENG DARIPADA KEEMPAT-EMPAT BUAH NEGARA ITU BEBAS DITAYANGKAN DI PAWAGAM NEGARA INI DENGAN HANYA DIBERI LABEL TAYANGAN 18SX YANG MENGEHADKAN TAYANGANNYA KEPADA PENONTON YANG BERUSIA 18 TAHUN KE ATAS SAHAJA. FILEM DIHASILKAN ATAS TUJUAN HIBURAN. HIBURAN PADA PERSPEKTIF SESEORANG BERBEZA. ADA PENONTON YANG BERASA TERHIBUR DENGAN BENTUK HIBURAN ROMANTIS YANG DITONTONNYA, SEPERTI MENONTON FILEM HINDUSTAN. KEKERASAN DAPAT JUGA MENJADI HIBURAN BAGI SEBAHAGIAN PENONTON, MAKA LEBIH KERAS DAN GANAS FILEM ITU, LEBIH TERHIBUR. ADA PENONTON YANG TERHIBUR DENGAN IMEJ SERAM. LEBIH MENYERAMKAN IMEJ ITU, LEBIH MENYERONOKKANNYA. KALAU PENONTON MENGANGGAP APA-APA YANG DITONTON SEBAGAI HIBURAN, ADAKAH HAL ITU BERMAKSUD MEREKA LEBIH MUDAH DIPENGARUHI OLEH IMEJ TERSEBUT? SEPERTI JUGA PENDAPAT BAHAWA KEGANASAN DAN KEKERASAN DALAM FILEM DIKATAKAN DAPAT MEMPENGARUHI PENONTON, SEBENARNYA PERSOALAN ITU MASIH DIDEBATKAN. SUNGGUHPUN BANYAK PAKAR PSIKOLOGI PERCAYA BAHAWA ADA HUBUNGAN ANTARA KEKERASAN DI LAYAR DENGAN PERILAKU MASYARAKAT TERUTAMANYA REMAJA, BELUM ADA KAJIAN YANG MENUNJUKKAN CARA UNSUR TAHYUL, SEKS, DAN KEGANASAN MEMPENGARUHI PENONTON, TERUTAMA REMAJA HARI INI. NAMUN, ADA ANTARA GENRE INI BUKAN SEMATA-MATA MENAMPILKAN SATU GENRE SAHAJA TETAPI MENGGABUNGKAN GENRE LAIN SEPERTI KOMEDI DAN AKSI. DARI ASPEK PEMBIKINAN, PENYAMPAIAN FILEM TEMPATAN LEBIH DITELITI BERBANDING FILEM LUAR NEGARA YANG LEBIH GANAS DAN BOLEH MEMESONGKAN AKIDAH PENONTON. SEBAGAI BAHAN HIBURAN, FILEM SEHARUSNYA DIBERI KELONGGARAN MENONJOLKAN KREATIVITI PENULIS SKRIP DAN IMAGINASI PENGARAH. BAGAIMANAPUN, GARIS PANDUAN DAN MESEJ TIDAK DIKETEPIKAN. NAMUN PARA PENGGIAT SENI MENYEDARI KEHENDAK SEGELINTIR PENONTON YANG MAHUKAN KEPELBAGAIAN DALAM PENERBITAN FILEM. SAYA BERHARAP FILEM TEMPATAN TERUS MEMBAWA ISU DAN NILAI POSITIF PADA MASYARAKAT.
SELAIN ITU, TANGGUNGJAWAB SOSIAL AGAR TIDAK MENINGGALKAN KESAN NEGATIF TERHADAP PERKEMBANGAN MENTAL GENERASI MUDA TERUTAMA SEKALI GOLONGAN PELAJAR. APA YANG PERLU DISARANKAN ADALAH AGAR PIHAK KERAJAAN MENGUATKUASAKAN AKTA PENYIARAN YANG SEDIA ADA BAGI MEMANTAU SEMUA STESEN PENYIARAN TEMPATAN SUPAYA MEMATUHI DASAR NEGARA. BAGI SAYA, KESAN JANGKA PANJANG DARIPADA FENOMENA ITU AKAN MENGAKIBATKAN KESAN BURUK KEPADA MASA DEPAN NEGARA TERUTAMA DARI SEGI PEMBENTUKAN SIKAP MASYARAKAT DI NEGARA INI. TANPA PENGUATKUASAAN ITU KERAJAAN AKAN GAGAL UNTUK MEMBINA SATU RUPA BUDAYA BANGSA YANG LUHUR SEBAGAIMANA YANG DITUNTUT DALAM WAWASAN 2020. KITA DI MALAYSIA SUDAH PASTI TIDAK MAHU BERADA DALAM KEADAAN DI MANA KEMAJUAN EKONOMI DAN TEKNOLOGI NEGARA MENINGKAT DAN MENYAMAI NEGARA-NEGARA MAJU TETAPI GEJALA SOSIAL, KEMEROSOTAN AKHLAK, KETIDAKSOPANAN DAN KETANDUSAN ETIKA MENJUNAM KE TAHAP YANG PARAH DAN SUKAR DIPULIHKAN. ITULAH SEBABNYA DALAM WAWASAN 2020 MALAYSIA MAHU MENCAPAI KEMAJUAN MENGIKUT “ACUAN KITA SENDIRI” DENGAN MENGINTEGRASI AJARAN-AJARAN AGAMA, BUDAYA YANG BAIK DAN NILAI-NILAI AKHLAK YANG MULIA DAN TERPUJI. BUDAYA HIBURAN YANG TIDAK MELAMPAUI BATAS KEWAJARAN YANG DIBENARKAN AGAMA DAN MORAL; KECENDERUNGAN PEMUDA PEMUDI BERAGAMA ISLAM UNTUK TERLIBAT DALAM BUDAYA HIBURAN YANG TERLALU BEBAS KERANA MENGIKUTI ALIRAN DAN GAYA BARU BARAT YANG BERSIFAT TERLALU LIBERAL DAN MEMBERANGSANG NAFSU SEKS TIDAK HARUS DIBIARKAN MEREBAK DAN MEROSAKKAN TATA SUSILA DAN NORMA-NORMA UMAT ISLAM. STESEN-STESEN TV MILIK KERAJAAN TIDAK WAJAR MEMBERI GALAKAN ATAU RUANG DAN MASA YANG ISTIMEWA KEPADA ALIRAN-ALIRAN ATAU PROGRAM-PROGRAM HIBURAN YANG MERENDAHKAN AKAL BUDI GENERASI MUDA DAN SECARA TIDAK LANGSUNG MENGGALAKKAN PERGAULAN BEBAS LEPAS ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN WALAUPUN PROGRAM-PROGRAM ITU BERHASIL MEMBAWA KEUNTUNGAN BESAR KEPADA PIHAK PENAJA DARI LUAR ATAU DALAM; MENGEKALKAN BUDAYA HIBURAN YANG SEDERHANA LAGI MENDIDIK MINDA DAN TIDAK MENJOLOK MATA ADALAH PENTING DALAM MENGEJAR KEMAJUAN MENGIKUT “ACUAN KITA SENDIRI” DAN MEMBENTERAS GEJALA SOSIAL YANG MELANDA GOLONGAN REMAJA MALAYSIA HARI INI.
PENGACARA:
Begitu ringkas dan padat pandangan dari Encik Zulhusni kita. Baiklah, kita beralih pula kepada panel kita yang kedua iaitu Encik Saiful. Apakah pandangan Encik Saiful tentang penyataan bahawa nilai negatif yang dibawa oleh filem boleh melemahkan sesuatu bangsa tersebut??
PANEL 2
(Respond)
PADA PENDAPAT SAYA, TIDAK SEMUA FILEM YANG DIBAWA ITU MENUNJUKKAN NILAI-NILAI NEGATIF. ADA JUGA FILEM YANG MEMBERI NILAI-NILAI POSITIF MISALNYA FILEM-FILEM YANG BERUNSURKAN PATRIOTIK YANG MENUNJUKKAN SEMANGAT PERPADUAN DAN PERKAUMAN DALAM SESEBUAH MASYARAKAT. FILEM BERTUJUAN UNTUK MENGHIBUR DISAMPING MENDIDIK BUKAN UNTUK MELEMAHKAN SESUATU BANGSA. TETAPI DENGAN LAMBAKAN FILEM YANG SEMAKIN MENINGKAT PADA MASA KINI, TIDAK DINAFIKAN ADA JUGA ANTARA FILEM MASIH MENUNJUKKAN NILAI-NILAI NEGATIF WALAUPUN TELAH MELALUI PROSES SUNTINGAN. KEBIASAANNYA FILEM TERSEBUT ADALAH MELALUI PENGARUH BUDAYA BARAT. HAL INI MENYEBABKAN GOLONGAN REMAJA MUDAH TERPENGARUH DENGAN TINGKAH LAKU DAN CARA PEMIKIRAN BARAT. SALAH SATU KESAN YANG TIMBUL IALAH KERUNTUHAN DAN KEROSAKAN JATI DIRI GOLONGAN REMAJA. HAL INI BERLAKU KERANA GOLONGAN REMAJA MERUPAKAN GOLONGAN YANG PALING MUDAH TERPENGARUH DENGAN SESUATU PERKARA. KEMASUKAN BUDAYA BARAT AKAN MEMBERIKAN IMPAK YANG NEGATIF TERHADAP KELAKUAN DAN PEMIKIRAN GOLONGAN REMAJA MENYEBABKAN MEREKA TERPESONG JAUH DARIPADA BUDAYA TIMUR KERANA IA BERTENTANGAN DENGAN NILAI-NILAI DAN NORMA BUDAYA YANG BERTUNJANGKAN KEPADA AGAMA MASYARAKAT SETEMPAT. KEBANYAKKAN CERITA YANG DITAYANGKAN MEMAPARKAN AKSI-AKSI YANG KURANG SOPAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN, SEPERTI MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM TANPA IKATAN YANG SAH ATAU LEBIH TEPAT LAGI DENGAN ISTILAH MELAKUKAN MAKSIAT. KEADAAN SEPERTI INILAH YANG MENYEBABKAN REMAJA YANG MENONTON TAYANGAN INI AKAN TERPENGARUH DAN INGIN MENCUBANYA DENGAN RAKAN YANG BERLAINAN JANTINA. JADI PENAPISAN PERLU DIBUAT TERHADAP FILEM-FILEM TERSEBUT SEBELUM DIBENARKAN UNTUK TATAPAN UMUM. PENYERAPAN BUDAYA ASING DENGAN MUDAH AKAN MERESAPI FIKIRAN DAN CARA BERFIKIR MASYARAKAT DI NEGARA INI MEMANDANGKAN RANCANGAN-RANCANGAN TERSEBUT DIHASILKAN OLEH TENAGA PRODUKSI LUAR NEGARA. BUDAYA BANGSA DAN AGAMA KITA SUDAH CUKUP CANTIK UNTUK DIKETENGAHKAN KEPADA MASYARAKAT, BUKANNYA BUDAYA ASING YANG MUDAH MEMPENGARUHI DAN MERESAP KE DALAM FIKIRAN ANAK-ANAK MUDA KITA. NAMUN RAMAI PIHAK MENGHENTAM PENGELUAR FILEM DAN DRAMA TEMPATAN, TIDAK KURANG JUGA ADA DESAKAN SUPAYA TIBA MASANYA ‘PEMAIN’ DALAM INDUSTRI MEMIKIRKAN FILEM YANG LEBIH MENDIDIK SERTA MENCERMINKAN BUDAYA NEGARA. BAGI SAYA, FILEM BOLEH MEMUPUK NILAI MASYARAKAT. TIDAK SALAH JIKA KITA CUBA MENGHIDANGKAN MASYARAKAT DENGAN GENRE YANG MENYENTUH ISU PENTING SEPERTI IDENTITI ATAU MASA DEPAN KITA. FILEM ADA POTENSI DAN TANGGUNGJAWAB LEBIH BESAR DENGAN MENYELITKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL. SAYA TIDAK KATA PENGELUAR FILEM KITA TIDAK MELAKUKANNYA, MUNGKIN IA TENGGELAM DISEBABKAN ISU GENRE LEBIH MENONJOL.
SAYA PERCAYA, JALAN TERBAIK IALAH KITA TIDAK PATUT TERLALU LEKA. APAPUN ADA PENDEKATAN LAIN YANG PADA PENDAPAT SAYA, DARIPADA KITA KEKANG FILEM SEBEGINI, BAIK KITA BIARKAN FILEM INI DITERBITKAN UNTUK MERANCAKKAN LAGI INDUSTRI PERFILEMAN. DALAM MASA SAMA, KERJASAMA DARI PIHAK LAIN BOLEH MENDORONG PENERBIT MENCUBA GENRE LAIN DENGAN HARAPAN GENRE YANG MUNCUL ITU BERJAYA DENGAN NILAI POSITIF.
SELAIN ITU, SEBAGAI SEORANG PELAJAR, PEMDEDAHAN UNSUR SEBEGINI BOLEH MEMPENGARUHI PEMIKIRAN MASYARAKAT TERHADAP APA YANG DITONTON DAN SETERUSNYA MENJADI IKUTAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MEREKA. SEHARUSNYA FILEM-FILEM YANG MEMBERI IMEJ YANG POSITIF DAN DAPAT MEMBUKA MINDA DALAM PEMIKIRAN MASYARAKAT PERLU DIBERI KEUTAMAAN UNTUK DISIARKAN BERBANDING SESETENGAH FILEM YANG JELAS MEMPUNYAI NILAI-NILAI NEGATIF YANG BOLEH MEMBERI KESAN JANGKA PANJANG KHUSUSNYA GOLONGAN REMAJA DAN YANG BERGELAR PELAJAR. BAGI PENDAPAT SAYA JUGA, UNSUR-UNSUR YANG CUBA DIDEDAHKAN OLEH MEDIA KEPADA MASYARAKAT JUGA ADALAH SEBAGAI “MEMBERITAHU MASALAH” YANG MASIH BERLAKU PADA HARI INI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN. PENDEDAHAN UNSUR INI KADANGKALA BUKAN UNTUK MENUNJUKKAN NILAI NEGATIF TETAPI DISEBALIK PENCERITAAN FILEM TERSEBUT, NILAI-NILAI POSITIF MASIH MEMAINKAN PERANAN DALAM SESEBUAH PENCERITAAN. DAN SEBAGAI PELAJAR, MEREKA PERLU BIJAK DALAM MENENTUKAN NILAI-NILAI POSITIF YANG BOLEH DIAMBIL DARI SESEBUAH FILEM. BUKAN HANYA MELIHAT “KEKURANGAN” FILEM TERSEBUT. WALAU BAGAIMANAPUN, PENDEDAHAN UNSUR TERSEBUT KADANGKALA BERLEBIHAN DARI SEPATUTNYA. INI DITAMBAH LAGI DENGAN PENGARUH MEDIA MASSA YANG DILIHAT SEMAKIN BERKEMBANG DARI SEHARI KE HARI. PADA ZAMAN YANG PENUH DENGAN KEMAJUAN TEKNOLOGI INI MEDIA MASSA MERUPAKAN ASPEK YANG PENTING DALAM PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN SESEBUAH NEGARA KERANA IA DAPAT MEMBERIKAN SUMBER MAKLUMAT DAN INFORMASI TERKINI. NAMUN PENGARUH MEDIA MASSA JUGA TELAH MEMBERIKAN KESAN YANG NEGATIF TERHADAP KELAKUAN DAN PEMIKIRAN MASYARAKAT TERUTAMANYA GOLONGAN REMAJA MELALUI KEMASUKAN BUDAYA BARAT YANG SEMANGKIN MENULAR KE NEGARA KITA. SEMUA SEDIA MAKLUM BAHAWA PENGARUH MEDIA MASSA MERUPAKAN ASPEK YANG PENTING TERHADAP KEMASUKAN BUDAYA BARAT SEPERTI SEKS BEBAS, HOMOSEKSUAL, BLACK MENTAL, DAN SEBAGAINYA. JADI PENDAPAT SAYA FILEM-FILEM TERSEBUT PERLU DIBUAT PENAPISAN DENGAN LEBIH TELITI.
PENGACARA:
Baiklah,saya yakin ada diantara hadirin kita ini ingin mengajukan soalan, cadangan atau pendapat kepada ahli-ahli panel kita. Sekarang kita beri peluang kepada hadirin kita untuk bertanyakan soalan kepada ahli panel kita di hadapan ini. Sila nyatakan nama, kos dan semester pengajian sekali.
AUDIENS :
Seperti apa yang saya ketahui, En. Saiful sendiri mempunyai pengalaman dalam bidang penyiaran selama beberapa tahun. Boleh En. Saiful kongsikan pendapat sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang penyiaran, apakah yang media harus lakukan untuk mengelakkan nilai negatif ini berlaku dalam kalangan remaja serta masyarakat kita?
PANEL 2:
(Respond)
SEBENARNYA MEDIA HARUS MENEKANKAN ASPEK-ASPEK PENTING DALAM MENYIARKAN IMEJ YANG POSITIF KEPADA REMAJA DAN MASYARAKAT. SEHARUSNYA KEDUA-DUA PIHAK MEMAINKAN PERANAN PENTING UNTUK MENGELAKKAN NILAI-NILAI NEGATIF ITU MELEBIHI NILAI POSITIF ITU SENDIRI. TIDAK SEMUA FILEM YANG MEMAPARKAN AKSI –AKSI TERSEBUT MEMBERI NILAI NEGATIF TETAPI DISEBALIK APA YANG DIPAPARKAN ITU SEBENARNYA MENGANDUNGI MESEJ YANG TERSIRAT KEPADA PENONTON APAKAH KESAN DAN AKIBAT DARIPADA AKSI ITU BERLAKU DALAM KEHIDUPAN MEREKA. IA JUGA ADALAH SEBAGAI NILAI PENGAJARAN KEPADA PENONTON AGAR TIDAK MENIRU PERBUATAN YANG DIPAPARKAN. PENGGIAT FILEM PADA PENDAPAT SAYA, MEREKA BUKAN MENGHASILKAN FILEM SEKADAR UNTUK MERAIH KEUNTUNGAN TETAPI DISEBALIK FILEM TERSEBUT MEREKA INGIN MEMBANTU MASYARAKAT UNTUK BERFIKIR DI LUAR KOTAK DI SAMPING UNTUK MEMBUKA MINDA PENONTON KE ARAH SUDUT YANG LEBIH POSITIF. SEBAGAI PIHAK MEDIA, MEREKA PERLU BIJAK MENGHASILKAN FILEM YANG BERMUTU, KREATIF DAN MEMPUNYAI NILAI YANG TINGGI DALAM INDUSTRI. BUKAN SEKADAR TANGKAP MUAT DAN HANYA MAHU MERAIH KEUNTUNGAN TANPA MEMIKIRKAN KESAN TERHADAP REMAJA DAN MASYARAKAT.
AUDIENS :
Sebagai seorang remaja dan pelajar, bagaimanakah cara Encik Zulhusni menangani masalah tersebut daripada pengaruh kepada remaja itu sendiri?
PANEL 1:
(Respond)
SEBAGAI SEORANG REMAJA, KITA PERLU MEMPUNYAI SEMANGAT DAN JATI DIRI YANG KUAT. KITA TIDAK SEHARUSNYA LEKA DENGAN MEMBIARKAN DIRI KITA HANYUT DENGAN PERKARA-PERKARA NEGATIF YANG BOLEH MEROSAKKAN DIRI DAN JUGA MASA DEPAN. BIMBINGAN DARI IBU BAPA DAN JUGA AGAMA SANGAT PENTING KERANA DARI BIMBINGAN INILAH DAPAT MEMBENTUK PERIBADI SEORANG REMAJA YANG BERAKHLAK DAN DAPAT MEMBERI TELADAN KEPADA REMAJA YANG LAIN.
PENGACARA:
Pandangan yang begitu padat sekali saudara. Tuntasnya, media massa adalah antara penyumbang utama berlakunya gejala sosial, mendatangkan keburukan dan membawa negatif kepada remaja pada hari ini. Jika perkara ini masih berterusan dan tiada langkah yang drastik untuk menanganinya, sudah tentu pada masa akan datang gejala-gejala buruk menjadi budaya golongan muda. Sebagai hasilnya, lahirlah generasi yang umpama robot dan hanya diperalatkan untuk kepentingan individu tertentu.
PENGACARA:
Nampaknya masa mencemburui kita. Isu panas sebegini tentunya menjadi tumpuan kita sebagai remaja sendiri. Jadi, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua ahli panel kita, Encik Muhammad Zulhusni Syahmi Bin Zakaria, dan Encik Saiful Azly kerana sudi bersama dengan kita semua untuk berkongsi ilmu yang sangat berguna kepada kita. Tidak lupa saya ucapkan jutaan terima kasih kepada penaja lokasi penggambaran ini berlangsung iaitu di Bilik Media, Fakulti Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia dan seluruh warga kerja, krew-krew penerbitan rancangan forum ini.
Kita jumpa lagi di lain waktu, InsyaAllah. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terima kasih banyak ii utk perkongsian yang sangat peduli bermaknaaa niyyy, mogaa Allah balas kebaikan perkongsian iniii. Alhamdulillah
ReplyDelete