About Me

My photo
Hello, they call unie !

Wednesday, 25 November 2015

FREE


Finally, practicum is over! 

Bagi final year student, saat habis praktikum memang saat paling ditunggu-tunggu, tambah lagi bila dah submit report praktikum . huhu ..hembus nafas lega-seleganya.. hee boleh lah dok goyang kaki sambil rasa bahagia.. haha buat masa ni la.. haha tunggu la dapat result baru tahu bahagia ke sedih ..hee errr tett ..doakan yang terbaik.. Amin...

Buat masa ni, banyak menghabiskan masa dengan layan movie, movie, movie, makan, makan, makan, tidur, tidur, tidur .. haa korang ada? hee jangan la iri hati .. haha semua ni nikmat sementara.. haha lepas dua minggu dah xtenteram dah .. mana x nya dah selalu gi kerja selama 4 bulan .. kuar pagi balik petang .. haha aishh tu kalau aku lahh.. memang xboleh duduk sahaja.. haha mahu mental jadinya nanti :O 

Masa relax-relax ni la, baru boleh fikir apa perancangan masa depan ..aishh masih samar-samar ..even dah habis belajar.. huhu mixed feeling la.. macam nih la kot perasaan semua org yg dah habis ke aku je yg rasa eh? err  harap semuanya baik-baik sahaja.. 






Monday, 4 May 2015

Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)

Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
Luar Bandar atau desa merupakan satu kawasan yang kurang membangun dan tidak maju kerana kawasan tersebut tidak mempunyai infrastruktur yang lengkap sehingga menyebabkan penduduk di luar bandar tidak menerima arus permodenan seperti di Bandar. Menurut Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, kawasan desa boleh ditakrifkan sebagai kawasan selain daripada kawasan Bandar. Ia merupakan penempatan kecil yang kurang daripada 10 000 orang penduduk dan bercirikan aktiviti pertanian. Bagi menjadikan kawasan luar bandar sebagai satu kawasan yang mempunyai keunikan tersendiri, kerajaan menyediakan pembangunan kawasan luar Bandar bagi memenuhi keperluan penduduk. Pembangunan luar bandar ini bertujuan untuk membangunkan dan memajukan kawasan luar bandar agar dapat mengurangkan masalah kemiskinan dan kemunduran kawasan tersebut.

            Kewujudan program Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak merupakan salah satu fasa pembangunan luar bandar di negara ini bagi memperhebatkan pembangunan luar bandar. Pelaksanaan RTC ini dilaksanakan secara komprehensif seiring dengan wawasan Perdana Menteri bagi mendahulukan kepentingan rakyat di luar bandar. Oleh itu, RTC merupakan satu agenda kerajaan dalam membantu meningkatkan ekonomi dan taraf hidup penduduk luar bandar yang merangkumi kesemua aspek, dimana bukan sahaja tertumpu kepada usaha untuk menyediakan kemudahan insfrastruktur seperti bekalan air, elektrik dan juga kemudahan jalan kampung sahaja, namun turut membantu penduduk luar bandar bagi meningkatkan ekonomi dan seterusnya pendapatan mereka agar tidak terjebak dalam kemiskinan yang menyelubungi penduduk luar bandar.

            Menurut Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) merupakan satu tempat yang melaksanakan inisiatif-inisiatif RTC secara bersepadu yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah National Blue Ocean Strategy 4 (NBOS4). Di bawah pelaksanaan program-program di RTC, terdapat beberapa inisiatif yang disediakan dalam RTC seperti  latihan kemahiran kepada penduduk luar bandar,  kios informasi 1malaysia,  pertanian bernilai tinggi dan pemprosesan produk agro-makanan.

            Bagi inisiatif yang pertama iaitu latihan kemahiran kepada penduduk luar Bandar. KKLW membantu penduduk luar bandar dengan menyediakan peluang latihan secara berterusan kepada masyarakat luar bandar di pusat-pusat RTC. Latihan ini bertujuan menambah pengetahuan, kemahiran dan keupayaan bagi meningkatkan pendapatan, peluang pekerjaan dan taraf hidup. Antara jenis-jenis latihan yang ditawarkan seperti keusahawanan, pembungkusan dan penjenamaan, serta pengurusan makanan ternakan. Seterusnya, kios informasi 1Malaysia yang merupakan pusat maklumat setempat yang menggabungkan informasi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pelbagai kementerian atau agensi kerajaan. Terdapat 5 kios informasi yang ditempatkan di RTC dan menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti Kiosk KKLW, Kiosk Jobs Malaysia, Kiosk Pusat Pembangunan Perniagaan Agri-Makanan  dan Kiosk KPDNKK serta Kiosk MyEG bagi kemudahan kepada masyarakat luar Bandar.
            Inisiatif yang ketiga ialah pertanian bernilai tinggi. Terdapat 3 projek utama pertanian bernilai tinggi yang sedang dan akan dilaksanakan iaitu projek penghasilan sayur-sayuran premium di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), projek penghasilan produk tenusu yang selamat dan berkualiti dan projek ternakan arowana. Projek-projek pertanian bernilai tinggi ini dilaksanakan bagi memastikan hasil industri pertanian mencukupi untuk kegunaan rakyat, meningkatkan pendapatan golongan yang terlibat terutamanya pengusaha pertanian luar bandar. Selain itu, Pemprosesan produk agro makanan pula merupakan insiatif yang bertujuan membangunkan usahawan di bidang pemprosesan makanan yang menekankan pembangunan dan peningkatan kualiti produk bagi pasaran tempatan dan global. Penekanan kepada aktiviti nilai tambah dan membangunkan usahawan industri asas tani nasional yang bersepadu kearah peningkatan pendapatan masyarakat tani. Antara tumpuan produk pemprosesan agro-makanan di Perak seperti kuih tradisional, minyak kelapa dara dan jeruk buah-buahan.


            Kesimpulannya, jelaslah bahawa inisiatif- inisiatif yang dijalankan dibawah pelaksanaan RTC banyak menyumbang manfaat kepada penduduk luar Bandar kerana RTC menyediakan pelbagai peluang kepada masyarakat di luar bandar bagi meningkat taraf hidup dan merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan masyarakat luar bandar lebih berdaya maju dan berdaya saing. 

Punca Kenaikan Harga Minyak


Kenaikan Harga Minyak
1.0 Pengenalan
Kenaikan harga minyak di Malaysia merupakan salah satu fenomena yang hangat diperkatakan oleh setiap golongan rakyat. Hal ini menunjukkan bahawa rakyat sangat mengambil berat terhadap isu kenaikan harga minyak tersebut. Minyak petrol merupakan komoditi yang penting di dalam kehidupan seharian dan juga banyak digunakan sebagai input di dalam sektor ekonomi seperti pengangkutan, pembinaan dan sebagainya. Menurut Teori Maslow, minyak boleh dikategorikan di bahagian keperluan fisiologi. Keperluan fisiologi merupakan keperluan manusia yang paling asas untuk hidup. Dalam erti kata lain, apa saja yang diperlukan untuk diri. Setiap individu mempunyai kenderaan sendiri yang digunakan untuk pergi dan pulang dari kerja dan sebagainya. Oleh itu, minyak sememangnya diperlukan bagi menggerakkan kereta tersebut. 

Menurut Noresah Bt Baharom (2010), Minyak petrol ataupun dikenali sebagai gasolin boleh didefinisikan sebagai campuran cecair bahan api yang diperolehi daripada petroleum. Minyak ini digunakan sebagai bahan api bagi enjin pembakaran dalaman. Di Malaysia, terdapat 3 jenis minyak yang di jual dengan harga berbeza iaitu petroL RON95, petrol RON 97 dan diesel.  Selain itu, Malaysia juga merupakan negara pengeksport dan mengimport minyak. Walaubagaimanapun, kebergantungan Malaysia terhadap sumber energi yang bersifat non- renewable menyebabkan berlakunya peningkatan harga minyak di pasaran akibat daripada beberapa faktor seperti peperangan negara pengeluar minyak, permintaan terhadap minyak, keperluan minyak kepada negara pengeluar, pengurangan subsidi dan juga spekulasi mata wang Amerika Syarikat. 

Kenaikan harga minyak juga turut memberi kesan yang negatif dan positif kepada negara dan juga masyarakat. Secara prinsipnya, setiap kenaikan harga minyak di pasaran dunia akan menberi kesan kepada ekonomi secara berangkai, seperti kenaikan harga runcit minyak yang dibeli oleh pengguna. Oleh itu, Kenaikan harga minyak sudah pastinya memberi kesan kepada kenaikan harga barangan, kos pengangkutan dan juga pertambahan beban kerajaan. 


2.0 Punca- punca kenaikan harga minyak
Kenaikan harga minyak sering berubah-ubah berpunca daripada keadaan politik. Menurut Unit Perancangan Ekonomi & Majlis Tindakan Ekonomi Negara (2005), peperangan yang berlaku di antara negara- negara pengeluar minyak utama seperti Iraq, Nigeria dan Venezuela telah menganggu proses pengeluaran minyak dunia. Peningkatan harga minyak buat pertama kalinya bermula pada tahun 17 Oktober 1973, iaitu apabila berlakunya perang Yom Kippur, perang di antara Israel dengan Mesir dan Syria. Semasa perang tersebut, Pertubuhan Negara- Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) membuat keputusan untuk menggunakan minyak sebagai senjata untuk membebaskan wilayah Mesir dan Syria yang diduduki oleh Israel dengan mengenakan sekatan minyak iaitu mereka tidak mahu mengeksport petroleum ke negara yang menyokong Israel dalam konflik Israel dengan Mesir dan Syria. Contohnya Amerika Syarikat. Sekatan ini berlangsung selama enam bulan sehingga menyebabkan harga minyak naik. Hal ini menyebabkan semua negara di dunia mengalami krisis minyak. Tambahan pula, OPEC mempunyai peranan penting dalam menentukan tahap pengeluaran minyak dunia dan juga mempengaruhi harga pasaran minyak.Oleh itu, dapatlah kita simpulkan bahawa  peperangan yang berlaku ini secara tidak langsung memjadi punca kepada peningkatan harga minyak di Malaysia. 

Selain itu, langkah yang diambil oleh kerajaan iaitu mengurangkan pemberian subsidi ke atas petrol menjadi salah satu punca kepada perubahan harga minyak di Malaysia. Menurut Noresah Bt Baharom (2010), subsidi boleh ditakrifkan sebagai bantuan berupa wang ataupun kebendaan yang selalunya diberi kepada pihak tertentu. Tindakan kerajaan mengurangkan subsidi minyak pada 3 September 2013, ini bermakna harga petrol RON95 ialah RM2.10 naik sebanyak 20 sen, manakala diesel pula ialah RM2.00.  Disebabkan keputusan ini, terdapat juga spekulasibahawa tindakan pihak kerajaan ini menunjukkan bahawa negara kita sedang mengalami masalah kewangan. Hal ini kerana sebelum ini kerajaan amat menjaga kebajikan rakyat dengan memberi subsidi yang tinggi bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat Malaysia. Walaubagaimanapun, peningkatan harga minyak sebanyak 20 sen  adalah dianggap sebagai penjimatan yang boleh dilakukan oleh kerajaan. Hal ini kerana kerajaan mahu rakyat menyedari bahawa pentingnya berjimat cermat dalam penggunaan petrol dan berbelanja secara berhemah bagi menampung peningkatan dalam perbelanjaan rakyat. Keputusan ini dapat membantu mengurangkan defisit dalam belanjawan negara yang mencecah 4.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2012. Dengan itu, langkah mengurangkan subsidi harga minyak petrol dan diesel merupakan langkah jangka panjang yang perlu diambil bagi memantapkan ekonomi negara untuk mengelak negara menjadi muflis sekiranya berterusan memberikan subsidi berkenaan. Hal ini kerana kerajaan berada di dalam keadaan yang sukar untuk mengimbangi antara keperluan rakyat dengan mengekalkan sumber kewangan lain bagi mengekalkan subsidi minyak pada paras semasa seperti peruntukan pembangunan.

Seterusnya, kenaikan harga minyak juga adalah disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap komoditi minyak. Menurut Raja Mohd. Affandi (1975), permintaan dapat ditakrifkan sebagai jadual kuantiti barang yang akan dibeli oleh pengguna pada berbagai- bagai tingkat harga Sebagai contoh negara China dan Amerika Syarikat (AS), kedua- dua negara ini memberi fokus dalam perekonomian iaitu bidang industri. Kemajuan dalam bidang perindustrian di negara China dan Amerika Syarikat menyebabkan negara tersebut bergantung kepada sumber minyak dan memerlukan jumlah minyak yang banyak bagi menampung keperluan industri dan seharian penduduk. Berdasarkan data Independent Statistic & Analysis U.S Energy Information, China mengimport 5.4 juta barrel per hari minyak mentah pada tahun 2012, ia meningkat sebanyak 7% daripada 5.1 juta barrel per hari pada tahun 2011. Sementara itu, AS mengimport kira-kira 10.6 juta tong sehari petroleum pada 2012 daripada kira-kira 80 buah negara. Hal ini menunjukkan terdapat permintaan yang tinggi terhadap minyak, situasi ini menyebabkan harga minyak di dunia mengalami perningkatan. 


Punca kenaikan harga minyak yang seterusnya ialah keperluan minyak itu sendiri kepada negara pengeluar. . Berdasarkan data Independent Statistic & Analysis U.S Energy Information, Iraq mempunyai hasil pengeluaran minyak secara purata iaitu 3 juta barrel per hari pada tahun 2012, Namun, Iraq hanya mengeksport minyak mentah sebanyak 2.4 juta barrel per hari pada tahun yang sama, Situasi ini menyebabkan jumlah minyak yang dikeluarkan oleh mereka untuk dieksport tidak banyak kerana mereka perlu memenuhi keperluan minyak di negara mereka terlebih dahulu sebelum mengeksportnya ke negara lain. Oleh itu, jumlah penawaran minyak yang sedikit di pasaran antarabangsa menyebabkan harga minyak melambung kerana negara-negara lain turut memerlukan minyak dalam kuantiti yang banyak dan juga memerlukan bekalan secara berterusan.

Akhir sekali, spekulasi penurunan kadar nilai mata wang Amerika Syarikat (AS) juga dikaitkan dengan peningkatan harga minyak. Menurut Teguh Sihono (2011), krisis kewangan yang berlaku di AS menyebabkan harga saham global jatuh dan melemahkan kadar mata wang Amerika Syarikat. Pembelian minyak dikaitkan dengan penggunaan mata wang Amerika Syarikat, ini bermakna sekiranya terdapat sebarang penurunan mata wang negara tersebut, pastinya ia akan menjejaskan nisbah keuntungan yang bakal diterima oleh negara pengeluar minyak. Oleh itu, situasi ini membawa kepada negara pengeluar minyak tidak berminat untuk mengeluarkan minyak lebih banyak kerana pembelian minyak menggunakan mata wang Amerika Syarikat ketika ini tidak membawa kadar keuntungan yang banyak kepada mereka.

Kesimpulannya, peningkatan harga minyak berpunca daripada keadaan politik, permintaan yang tinggi terhadap komiditi minyak, pengurangan subsidi, keperluaan minyak itu sendiri bagi Negara pengeluar dan juga penurunan mata wang Amerika Syarikat. Bagi mengelakkan peningkatan harga minyak daripada terus meningkat, semua pihak haruslah berkerjasama dengan menjalinkan hubungan yang erat antara Negara pengeluar dengan Negara lain. Hal ini kerana, kegagalan mengekalkan dengan perjanjian bersama akan mengakibatkan harga minyak akan terus meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Selain itu, kerajaan perlu memainkan peranan untuk membendung masalah kenaikan harga minyak dan mengambil tindakan untuk mengatasinya supaya masalah kenaikan harga minyak dapat dikawal. Manakala, kita sebagai pengguna perlu bijak dalam mengawal perbelanjaan seharian supaya tidak terbeban dengan kesan kenaikan harga minyak di Malaysia. 


3.0 Kesan kenaikan harga minyak

3.1 Kesan negatif
Peningkatan harga minyak menyebabkan berlakunya kenaikan harga barangan terutamanya harga barangan makanan. Bahan makanan, sama ada dalam bentuk mentah, separa proses atau siap akan diangkut dari tempat pemprosesan ke tempat pemasaran iaitu kedai runcit dan sebagainya. Oleh itu, kenaikan kos pengangkutan dan kos pemprosesan menyebabkan pihak pengilang menaikkan harga barangan kepada para peniaga. Kemudiannya, para peniaga turut menaikkan harga barangan bagi memastikan ia mendapat semula modal yang dilaburnya. Sebagai contoh, barangan runcit seperti gula, tepung, beras dan barangan basah seperti ayam, ikan dan sebagainya adalah keperluan asas dalam kehidupan rakyat. Peningkatan harga barangan ini membebankan rakyat. 

Selain itu, kos pengangkutan turut meningkat akibat daripada kenaikan harga minyak terutamanya bagi pengangkutan awam. Hal ini kerana syarikat pengangkutan awam seperti bus  terpaksa menaikkan tambang kerana mereka menggunakan minyak yang banyak bagi menjalankan operasi perniagaan mereka. Walaubagaimanapun, kenaikan harga tambang bagi pengangkutan awam masih terkawal kerana kerajaan sentiasa memantau pihak agensi bus supaya tidak menaikkan harga tiket yang tinggi dan membebankan rakyat. Namun demikian, bagi mengelakkan kerugiaan, agensi turut mengetatkan jadual perjalanan.

Dalam masa yang sama, kenaikan harga minyak bukan sahaja memberi kesan negatif kepada rakyat tetapi juga kepada negara. Hal ini kerana kenaikan harga minyak menyebabkan berlakunya pertambahan dari segi tanggungan subsidi ke atas bahan api tersebut. Menerusi kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kewangan menunjukkan bahawa pada tahun 2007 sahaja kerajaan terpaksa menanggung subsidi minyak menjangkau lebih RM33 bilion dan sekali gus menjadi beban kepada kerajaan kerana defisit ekonomi akan menjadi lebih besar.


3.2 Kesan positif.
Kenaikan harga minyak bukan hanya dapat dilihat sebagai sesuatu yang negatif, tetapi juga boleh dilihat dari sudut yang positif. Berdasarkan petikan akhbar, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa kenaikan harga minyak disebabkan oleh pengurangan subsidi ini dilihat sebagai satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka masa yang pendek dan sederhana. Seterusnya memberi kesan yang positif kepada kesejahteraan rakyat.  Pengurangan subsidi minyak yang dibuat oleh kerajaan turut bertujuan untuk mengurangkan defisit fiskal negara. 

Seterusnya, kenaikan harga minyak dapat mewujudkan masyarakat yang berjimat cermat. Kenaikan harga minyak menyebabkan setiap rakyat mengambil sikap berhati- hati dalam berbelanja. Sebagai contoh, mereka akan mengurangkan aktiviti makan di luar rumah dan menggalakkan mereka untuk memasak di rumah. Hal ini akan dapat mengubah gaya hidup masyarakat bagi memastikan mereka dapat menyesuaikan diri walaupun harga minyak naik. Oleh itu,  rakyat dapat mengekalkan kualiti hidup  dan keselesaan mereka.

Selain itu. kenaikan harga minyak ini secara tidak langsung membantu dalam menjaga alam sekitar daripada berlakunya kerosakan. Hal ini kerana, apabila harga minyak naik, kebanyakan rakyat akan menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja ataupun berkongsi kereta dengan kawan- kawan. Dengan itu, ia membantu alam sekitar daripada mengalami kerosakan seperti pencemaran dan pemanasan global akibat daripada pelepasan asap kenderaan yang banyak di udara.


4.0 Penutup
Kesimpulannya, peningkatan harga minyak di Malaysia banyak dipengaruhi oleh faktor luar seperti keadaan politik di Negara pengeluar minyak, spekulasi mata wang Amerika Syarikat, permintaan terhadap minyak yang tinggi dari negara China dan Amerika dan juga keperluan minyak itu sendiri bagi Negara pengeluar. Manakala faktor dalaman pula seperti pengurangan subsidi yang dilancarkan oleh kerajaan. Selain itu, ia juga turut memberi kesan negatif dan  juga positif kepada rakyat dan juga negara. 
Bagi mengelakkan kenaikan harga minyak daripada melambung naik, pihak kerajaan perlu mengadakan kerjasama yang erat di antara negara pengeluar minyak. Tambahan lagi, pihak kerajaan juga turut menyediakan pelbagai dasar ataupun langkah proaktif bagi mengurangkan kesan kenaikan ini daripada membebankan rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia, dan Klinik 1Malaysia.  Secara tidak langsung, ia bertujuan untuk memastikan keperluan asas rakyat disediakan dengan sebaik mungkin dan juga  membantu rakyat untuk berbelanja secara berhemah dan tidak menghadapi sebarang tekanan akibat kenaikan kos sara hidup yang berpunca daripada kenaikan harga minyak.
Selain itu, rakyat juga perlu memahami dan bersedia untuk menghadapi kenaikan harga minyak dan juga kesan  yang akan berlaku apabila harga minyak meningkat. Hal ini kerana, pemahaman dan kesediaan rakyat penting bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan negara daripada sebarang provokasi yang mengganggu ketenteraman. 







Faktor Penglibatan siswi dalam sukan

  Penglibatan siswi dalam sukan


1.0 Pengenalan 

Menurut Noresah Bt Baharom (2010), sukan boleh ditakrifkan sebagai segala jenis latihan gerakan badan dan permainan yang memerlukan tenaga dan ketangkasan. Di Malaysia, pihak kerajaan telah membuka banyak peluang kepada kaum wanita bagi melibatkan diri dalam sukan terutama bagi penuntut wanita di universiti. Contohnya, di peringkat universiti turut menggalakkan pelajar yang aktif bersukan untuk mewakili universiti ke kejohanan sukan seperti Kejohana Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM). Selain itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memperkenalkan Sukan Wanita Kebangsaan pada tahun 2005 yang bertujuan untuk memupuk semangat motivasi dan menggalakkan penyertaan wanita dalam aktiviti sukan. Penubuhan Sukan Wanita Kebangsaan ini dilancarkan bagi menangani masalah kekurangan penglibatan wanita dalam aktiviti kesukanan. Oleh itu, dengan adanya Sukan Wanita Kebangsaan  dan juga MASUM ianya dapat meningkatkan penyertaan wanita dalam aktiviti sukan.
Terdapat pelbagai jenis aktivti sukan yang boleh diceburi oleh golongan wanita seperti berenang, olahraga, futsal, tenis dan juga badminton. Aktiviti- aktiviti sukan tersebut menberi banyak manfaat kepada setiap individu dari pelbagai aspek terutamanya  kesihatan fizikal dan juga mental. Malahan, sukan dijadikan sebagai instrumen untuk mencapai pelbagai tujuan khususnya kepada diri seseorang individu.  Berdasarkan jurnal yang saya kaji, terdapat beberapa faktor yang mendorong penglibatan siswi di dalam sukan seperti minat dan sikap ingin mencuba sukan baru, menonjolkan bakat dan potensi, kewangan dan ganjaran, meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran, dan mengisi masa lapang dan menyihatkan tubuh badan. Selain itu, saya juga mengulas mengenai faedah- faedah yang diperoleh apabila menyertai aktivti sukan seperti meningkatkan displin diri, pengurusan masa yang baik, membentuk fikiran yang positif dan memupuk perasaan perpaduan dan juga langkah bagi menggalakkan penglibatan siswi dalam sukan seperti dasar kerajaan, peranan ibu bapa, penyediaan kemudahan sukan dan mengadakan kempen. 



2.0 Faktor- faktor penglibatan siswi di dalam sukan wanita

Penglibatan siswi di dalam sukan wanita adalah disebabkan oleh faktor minat dan sikap ingin mencuba sesuatu sukan baru. Ia menjadi pendorong kepada individu untuk bersukan. Berdasarkan kajian jurnal ini, seramai 26% mengakui bahawa penglibatan wanita dalam sukan wanita adalah kerana minat yang mendalam terhadap sukan. Selain itu, kepelbagaian yang ada dalam sukan itu sendiri telah menjadi penarik kepada wanita untuk mengaktifkan diri dengan mencuba sukan baru. Dengan itu, mereka akan berasa seronok dan juga dapat memenuhi kepuasan mereka. Menurut Yahya Buntat & Norervina (2005), seseorang individu yang minat terhadap sesuatu perkara adalah daripada dorongan secara intrinsik yang wujud dalam jiwa setiap individu itu sendiri. Malahan, seseorang yang bermotivasikan intrinsik ini cenderung melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti tanpa mengharapkan sebarang hadiah dan juga paksaan daripada mana- mana pihak.

Seterusnya,penglibatan siswi di dalam sukan wanita juga disebabkan oleh faktor menonjolkan bakat dan potensi. Berdasarkan kajian ini, seramai 13% bersetuju dengan faktor tersebut menyebabkan wanita menceburi diri dalam sukan. Seseorang individu yang yakin akan kebolehan yang ada pada dirinya akan memngambil peluang untuk menyertai aktiviti sukan. Tambahan, mereka ini mempunyai cita- cita yang tinggi bagi meningkatkan prestasi ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, penglibatan ini juga secara tidak langsung mampu menggilap bakat dan potensi yang ada bagi meningkatkan lagi pencapaian diri individu dalam sukan yang diceburinya. Elemen ini juga penting dalam melahirkan atlet wanita yang berkualiti dan seterusnya menggalakkan penyertaan wanita dalam sukan.

Kewangan ataupun ganjaran juga menjadi faktor penarik kepada wanita terutamanya bagi yang sedang belajar di universiti. Menurut Mohd Samri & Anizu (2006), sukan boleh menjamin masa depan seperti mendapatkan pekerjaan, biasiswa, dan kenaikan pangkat. Ganjaran yang diperolehi dalam bentuk wang mampu membantu meringankan beban kewangan mereka. Selain itu, Ganjaran ini juga dapat membantu membangunkan semangat mereka untuk terus giat aktif dalam aktiviti sukan. 

Selain itu, penyertaan individu dalam sukan boleh meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang ada ke tahap yang lebih baik. Menurut Noresah Bt Baharom (2010), kemahiran boleh ditakrifkan sebagai kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. Dengan adanya ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang sukan, kita dapat mengetahui dan menggunakan ilmu sukan dari segi teknik, kemahiran pergerakan dan juga taktik. Selain itu, pengalaman yang diperolehi semasa pertandingan juga mampu membantu kita dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kerana semasa pertandingan kita akan melihat taktik, teknik dan kemahiran yang ada pada pihak lawan. Melalui pengalaman tersebut, kita boleh meningkatkan pencapaian dalam bidang sukan dengan melakukan penambahbaikan dalam setiap pergerakan untuk sesuatu permainan.

Faktor penglibatan siswi dalam sukan wanita adalah disebabkan mereka ingin mengisi masa lapang dan menyihatkan tubuh badan. Bersukan merupakan satu aktiviti yang boleh mengisi masa lapang mereka bersama- sama dengan rakan- rakan. Bagi wanita, mengisi masa lapang dengan sukan dapat membantu mereka meningkatkan kualiti kehidupan mereka secara sihat. Selain itu, penglibatan mereka dalam aktiviti sukan dapat mengelakkan diri daripada membazir waktu daripada melakukan sebarang aktiviti yang tidak memberi manfaat kepada diri dan juga menimbulkan masalah sosial yang akan memberi kesan kepada keluarga, masyarakat dan Negara. Manakala, penglibatan wanita dalam sukan adalah kerana ingin mengekalkan kesihatan badan dan juga kecantikan tubuh badan. Dengan bersukan juga, badan akan sihat dan  melahirkan minda yang aktif, menghilangkan rasa malas, dan juga menghindarkan sebarang pesakit dalam badan serta membawa kepada kecemerlangan bagi seseorang pelajar. Malahan, berdasarkan kajian Zaini Arshad (2003), beliau memetik penyataan Byrd (1982), yang menyatakan bahawa penyertaan sukan secara aktif dapat mengelak atau melewatkan serangan pelbagai penyakit.

3.0 Faedah- faedah melibatkan diri dalam sukan 

Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal ini demikian kerana aktiviti sukan sangat berfaedah kepada pelajar. Mahasiswi yang melibatkan diri dalam sukan akan mendapat manfaat iaitu sukan dapat meningkatkan disiplin diri seseorang individu. Individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya, setiap pemain dalam sesebuah pasukan perlu mematuhi arahan, menepati masa, dan sentiasa berlatih. Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turut membentuk disiplin pelajar tersebut bukan sahaja dalam sukan tetapi dalam pelajaran.

Seterusnya, seseorang pelajar yang menyertai sukan juga dapat memperolehi faedah dari segi pengurusan masa yang baik. Pelajar yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan teratur. Hal ini dikatakan demikian kerana murid tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk  memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya  belajar.  Contohnya, seseorang pelajar yang menyertai pasukan universiti perlu mempunyai jadual latihan sukan dan jadual belajar yang seimbang. Oleh itu, seseorang pelajar yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran.

Selain itu, sukan juga dapat membentuk pelajar yang berfikiran positif.  Menurut Yahaya Buntat & Norervina Jailani (2005), mengatakan bahawa melalui kegiatan dan aktiviti bersukan sikap dan sifat sosial yang positif seseorang pelajar dan individu boleh di lihat melalui latih tubi dan permainan. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi dan tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei  tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih pinggat emas dalam sukan Olimpik. Oleh itu, sukan penting dalam melahirkan pelajar yang berfikiran positif.

Sukan juga dikatakan berupaya untuk memupuk perasaan perpaduan sesama rakyat yang berbilang bangsa itu. Interaksi sesama individu akan berlaku kerana sukan memerlukan setiap ahli untuk saling bekerjasama melaksanakan aktiviti tersebut. Menurut Zaini Arshad (2003), sukan dapat membina dan mengukuhkan perhubungan sosial dikalangan ahli komuniti kerana instrumen palling mudah dan berkesan untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara berterusan antara satu sama lain. Maka, perpaduan antara kaum boleh dicapai menerusi penglibatan setiap ahli masyarakat kita dalam aktiviti sukan,. Tambahan pula, kita akan dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira umur, bangsa mahupun agama. Contohnya, ketika kita menyertai aktivti sukan di pusat sukan, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.


4.0 Langkah menggalakkan penglibatan wanita dalam sukan

Penglibatan wanita dalam sukan dilihat kurang menyerlah. Oleh itu, bagi menggalakkan penyertaan golongan wanita dalam sukan. Terdapat beberapa inisiatif yang boleh digunakan bagi menarik wanita untuk menyertai sukan. Langkah- langkah untuk menggalakkan penglibatan wanita dalam sukan ialah Dasar kerajaan iaitu dasar 1Murid 1Sukan. Berdasarkan petikan akhbar, Menteri Muda Sukan, Datuk Lee Kim Shin menyatakan bahawa dasar ini perlu bagi memupuk minat terhadap bidang sukan tersebut di kalangan kanak-kanak. Bak kata pepatah “meluntur buluh biarlah dari rebungnya” iaitu kalau hendak mendidik seseorang hendaklah ketika ia masih muda supaya mudah diasuh. Oleh itu, penglibatan awal kanak- kanak khususnya wanita, dalam bidang sukan amat di digalakkan supaya mereka mengetahui jenis- jenis sukan yang ada dan memilih sukan yang mereka gemari. Dasar ini juga dapat membantu untuk menerapkan semangat kesukanan di kalangan mereka bagi menunjukkan bakat dan potensi masing- masing.
Selain itu, ibu bapa perlu memberi sokongan moral dengan menghantar anak- anak mereka ke tempat latihan ataupun menemani mereka semasa sedang menjalankan latihan di padang. Dengan cara tersebut, anak- anak mereka khususnya perempuan akan lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan. Di samping itu, Ibu bapa juga boleh memberi galakkan dengan cara membelikan anak- anak mereka peralatan sukan. Peralatan sukan yang lengkap dan sesuai dapat memberi semangat dan mengembangkan minat mereka untuk menyertai bidang sukan tersebut.  Oleh itu, jelaslah bahawa peranan ibu bapa penting bagi mengalakkan penyertaan anak- anak dalam bidang sukan.

Seterusnya, penyediaan kemudahan sukan yang lengkap juga memainkan peranan yang penting dalam menarik minat wanita untuk menyertai sukan. Contohnya, kemudahan- kemudahan sukan seperti swimming pool, gelanggang tennis dan gelangang bola jaring.  Dengan adanya kemudahan- kemudahan tersebut di tempat- tempat yang mudah dikunjungi membolehkan golongan wanita menggunakannya pada bila- bila masa. Tambahan pula, prasarana yang lengkap membantu mereka untuk berlatih dalam keadaan yang selesa dan efektif.

Langkah seterusnya yang boleh diambil bagi menggalakan penglibatan wanita dalam sukan adalah dengan mengadakan kempen. Kempen mengenai kepentingan sukan dan faedah sukan boleh didedahkan khususnya kepada golongan wanita bagi menyedarkan mereka bahawa sukan mampu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan dan juga mental. Sehubungan itu, pihak media perlu memberi kerjasama dengan menyiarkan program televisyen mengenai sukan wanita. Hal ini secara tidak langsung boeleh menarik minat mereka untuk mencuba sukan tersebut.

5.0 Penutup

Kesimpulannya, sukan merupakan aktiviti yang memberi manfaat kepada semua golongan sama ada wanita mahupun lelaki. Dengan bersukan, kita dapat menyihatkan tubuh badan, mengunakan masa dengan baik dan juga berkenalan dengan semua kaum. Selain itu, pelbagai pihak seperti pihak kerajaan, swasta dan juga badan NGO boleh berkerjasama dalam membantu menyediakan lebih banyak lagi kemudahan bersukan untuk kegunaan awam. Dalam masa yang sama, pihak media massa juga turut memainkan peranan penting dalam menarik lebih ramai wanita untuk menyertai aktivti sukan. Contohnya dengan mengadakan kempen. Selain itu, pihak Kementerian Belia dan Sukan juga boleh menawarkan lebih banyak peluang kepada mereka yang berminat dalam sesuatu aktiviti sukan untuk menceburinya sehingga ke peringkat yang lebih tinggi bagi menyerlahkan bakat mereka seperti  atlit puteri renang iaitu Nurul Huda dan Sylvia Ng iaitu atlit sukan badminton. 







Saturday, 28 March 2015

Petua Kejayaan

“CEMBURU DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN”

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita.
Kalau orang lain boleh kita juga boleh.
Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain
dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain.
Kalau kita tidak tahu bagaimana untuk melakukannya
maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya.
Buka mulut dan bertanya.
Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa
yang berlaku kalau kita tidak bertindak.
Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini
mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat.

Semua orang inginkan kejayaan.. ya termasuk saya jugak ..
berangan tinggi langit .. tapi usaha tidaklah banyak mana.. perghh kena diri sendiri..
melihat mereka yang berjaya ini sememangnya menduga hati sendiri.. ya ..inginkan seperti mereka!
wow hebatnya mereka.. bermacam- macam bermain difikiran.. maka terdetiklah "aku akan berusaha untuk mencapainya .." berusaha la wahai unie !!! 
jangan malas.. jangan give up !!

Wednesday, 14 January 2015

LOVE THIS SONG

"This Is Me"

I've always been the kind of girl
That hid my face
So afraid to tell the world
What I've got to say
But I have this dream
Right inside of me
I'm gonna let it show
It's time to let you know
to let you know

This is real
This is me
I'm exactly where I'm supposed to be now
Gonna let the light shine on me
Now I've found who I am
There's no way to hold it in
No more hiding who I wanna be
This is me

Do you know what it's like
To feel so in the dark
To dream about a life
Where you're the shining star
Even though it seems
Like it's too far away
I have to believe in myself
It's the only way

This is real
This is me
I'm exactly where I'm supposed to be now
Gonna let the light shine on me
Now I've found who I am
There's no way to hold it in
No more hiding who I wanna be
This is me

You're the voice I hear inside my head
The reason that I'm singing
I need to find you
I gotta find you
You're the missing piece I need
The song inside of me
I need to find you
I gotta find you


* Lagu ni memberi semangat untuk kita menjadi apa yang kita inginkan :d

20 Fact About Me


20 FACT ABOUT ME!!

1. Saya mempunyai kulit yang sangat SENSITIF& hv a lot of medicine that related with skin. =_=
2. MUST sleep at 11pm.
3. Kalau senyum, mesti xnampak mata.
4. Even dah berusia 2+ ke atas, still jugak ada orang ingat kita belasan tahun.
5. Phobia sebut nama chinese, coz xdapat baca & sebut dengan betul.
6. At my DPP aka hostel, saya suka masuk tandas yang sama even banyak tandas lain.
7. Makanan yang selalu terlintas difikiran setiap kali nak order ialah NASI GORENG CILI PADI            & NASI GORENG DAGING MERAH.
8. TIDAK minum minuman panas.
9. Suka buat kerja part time daripada duduk rumah sepanjang cuti. hehe
10. Mempunyai senyuman yang manis  walaupun xde lesung pipit . HAHA 
11. Suka gigit orang bila xdapat tahan malu, geram terutama kawan rapat. HAHA @Aziedah
12. Cikgu kata saya manja ! haha saya rasa saya manja . haha okay. Fullstop. 
13. Seorang yang excited bila bercakap & mpunyai suara kuat, haha sampai kekadang member tegur,         cakap pelahan sikit! Haha can’t control my volume sorry!
14. Tidak pandai sorok mimik muka, kalau hati gembira, wajah pun gembira!
15. Easy to wake up 
16. Seorang yang independent.
17. PALING TIDAK SUKA menunggu/ ditunggu lebih dari 5minit. 
18. Sentiasa bersiap SEJAM dari waktu yang ditetapkan untuk KELUAR. haha
19. I love IKAN PEKASAM so much . haha 
20. SANGAT SUKA melihat jam & mengira- ngira masa perjalanan.